Friday, February 18, 2011
cinta: sedikit perkongsian
Thursday, February 17, 2011
update..finally... ALHAMDULILLAH...
Tuesday, November 16, 2010
aidil adha... 'ismail' Ibarahim adalah anaknya... "ismail" kita?
Dua ibadah besar di sebalik sambutan Hari Raya yang kita celebrate setiap tahun ni.
Sememangnya bertepatan dengan "Hari Raya Qurban" ini, kedua-dua ibadah ini memerlukan pengorbanan yang amat tinggi. Dan perkataan Qurban itu sendiri berkait dengan kata Quraba-qaribun yang bermaksud dekat. Maka, orang yang berjaya atau cuba menghayati erti pengorbanan ini, nescaya, tergolonglah ia dalam golongan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Qurban Ibrahim - Ismail
Nabi Ibarahim boleh dikatakan icon cemerlang antara insan-insan yang dekat dengan Allah SWT. Hidupnya diuji sejak dari kecil, cubaan dibakar oleh Raja negerinya, beriman tatkala hampir seluruh penduduk dunia kufur, terpaksa meninggalkan isteri dan anak tercinta, Hajar dan Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kering-kontang, dan kini disuruh pula menyembelih anak kesayangannya, yang jarang bersua.
Thursday, November 11, 2010
Daie --- magnifier
Wednesday, November 10, 2010
Sendayu Tinggi, Daie dan testimonial
Pernah dengar nama Sendayu Tinggi tak? Saya bukanlah pengguna product ini, namun yang paling saya kagumi dengan pengasas product ini. Jom tengok gambar ni;
![]() |
| 'Evolution kak Rozita" |
Sunday, November 7, 2010
Kita disatukan kerana apa?
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Semalam, on the way back ke rumah dari rehlah dengan t.17, saya ambil bas 364 dari city yang akn terus ke rumah, kg. Herston (hehe). Ada satu kumpulan manusia yang naik bersama-sama saya dengan memakai baju biru muda yang sama dan dengan masing-masing mempunyai sekurang-kurangnya tema warna oren tidak kira samada pada rambut, baju, kasut atau apa-apa sahaja pada pakaian mereka… Mereka kemudian naik dan duduk sekumpulan di bahagian paling belakang tempat duduk bas dan practise cheer untuk pasukan mereka. Tahulah saya mereka ni penyokong Brisbane Lion. (Agaknye semalam ade game kot ek). Agak lama setelah bas bergerak, bas berhenti di stop berikutnya (area Chinatown rasenye). Naik lagi seorang wanita penyokong Brisbane Lion (juga barangkali). Dan sekumpulan wanita yang duduk di belakang tadi terus menegur dengan mesranya, “Hi mate, u goin for da game huh?” and they started their endless conversation about their favourite team.
So????
Saya merenung ke luar tingkap, kemudian tulisan karangan Syed Qutb dalam bab muqaddimah FiZilalilQuran bermain-main di fikiran;
Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?
Saya fikir-fikir, betapa manusia ni memang nature nya suka disatukan atas sebab2 (dan memang fitrahnya begitu). Ada yang bersatu kerana hobi seperti memancing,mengumpul stem, etc. Ada yang bersatu kerana profession seperti businessmen, doctors, engineers, teachers etc. Ada yang bersatu kerana minat anime, korea, gaming etc.
Cuma persoalannya untuk KITA, atas dasar apa kita bersatu?
“Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(Al-Anfal:63)
Semoga Allah lah yang mempersatukan kita…
dan kerana Nya lah kita bersatu...
jazakunnallhu khayr for the flower <3>
Saturday, October 16, 2010
Tinggalkan kesayangan kita...
Hidup ini...
memang perlukan pengorbanan...
ya, bukankah demi meraih segulung ijazah, kita sanggup korbankan kesenangan2 kita?
bukankah kita sanggup meninggalkan rumah kita yang best?
bagi yang belajar di luar negara, bukankah kita sanggup meninggalkan keluarga tersayang jauh di tanah air tercinta?
begitulah juga kita di jalan dakwah dan tarbiyah ini...
cita-cita kita besar...
kita bukan hanya mahu menjadi orang baik...
usrah2 kita bukan hanya ingin menghasilkan orang yang pandai solat, puasa dan mengaji untuk dirinya sendiri sahaja.
kita harus menjadi air...
air yang mengalir...
laksana air sungai yang mulanya hanya beberapa titis air di hulunya
tapi tatkala anak2 sungai ini berkumpul,
kita menjadi sungai yang besar...
yang boleh memecahkan batu...
yang kalau ditahan di empangan Kenyir pun, kita bisa menjana tenaga elektrik...
jangan jadi seperti air kolam...
tidak mengalir...
hingga menjadi busuk...
tidak menghasilkan apa2 pun...
Dan untuk semua ini, banyak yang harus kita korbankan.
bukankah untuk mencapai sesuatu yang besar, kita harus korbankan perkara2 kecil?
korbankan kesenangan kita,
korbankan masa kita,
korbankan keselesaan kasur yang empuk untuk tidur di atas lantai di tempat2 program,
hatta harta...dan yakinlah semua ini tidak sia-sia...
Yakinlah, Allah lah sebaik2 pemberi balasan yang baik...
Suka saya kongsikan sebahagian daripada maksud kata2 Imam Syafie dalam syairnya yang sangat memberi insiparasi.
kamu akan dapati gantian daripada apa yang kamu tinggalkan.
... lihatlah air, apabila tidak mengalir,
ia akan menjadi busuk
dan lihatlah kepada anak panah,
jika ia tidak meninggalkan busurnya,
ia tidak akan mengenai sasarannya.
bergeraklah,
dan tinggalkanlah sesuatu yang kamu sayang..."
Thursday, November 19, 2009
Redho Ilahi...ape tu?
Kenape ayat 'ibadah' ini diselarikan dengan 'rezeki'? "Bukankah mencari rezeki itu juga ibadah?" kata sang manusia yang sangat rajin bekerja. Hmm..betullah, saya tidak sangkal. Tetapi cuba kita tengok secara praktisnya, ramai manusia yang keluar bekerja tu sebab semata-mata nak dapat rezeki + kesenangan kan? Nak bukti?
Kemudian tergolonglah kite dalam 'kitaran kurang pandai'. Kerja susah payah untuk dapat duit gaji - duit gaji bayar hutang kereta - kereta untuk pergi kerja - Gi kerja untuk dapat gaji... and the cycle goes on..
So ape point saya? Pointnye, tanya semula diri kita "apa benar semua yang kita lakukan ini ibadah? Atau semata-mata demi memenuhkan perut dan menyenang-lenangkan diri sahaja?"
*maaf atas salah silap penggunaan bahasa, tiada lain hanya untuk mengekspresi feeling dan pendapat. Saya juga masih belajar untuk mendidik diri tentang konsep rezeki dan ibadah ini. Saya menaip bukan untuk mengatakan saya perfect, tapi moga2 bila saya dah sampaikan, sayalah insan pertama yang punyai desakan untuk melaksanakan apa yang saya katakan. Kerana saya takut 61:2-4.
Sunday, November 15, 2009
.:Bangun dari lena yang panjang:.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya "the Arrivals" nih? Mudahnya saya boleh simpulkan di sini ialah "dunia kini kian tiba ke penghujungnya dan manusia kini sudah ramai yang lari daripada Tuhan, ya, misi sang Iblis, Syaitan dan konco-konconya sedang berjaya."Apakah misi mereka?
Sebagai penutup, saya ingin memetik beberapa kata-kata daripada siri ini...

"This is not for entertainment. It was given for you to spread and for you to prepare youself for what is to come"
"I can only show you the door (to freedom), you're the one that has to go through it"
And Finally,
"Enough of sleeping!"
misiku bukan hanya untuk membebaskan tanah Palestin, namun yang paling besar ialah membebaskan jiwa-jiwa yang "dijajah"!!!!Tuesday, November 10, 2009
Macam ni je ke hidup nih?
blaja tinggi2.. ade degree,, then, ade keje,, kete besa2,, umah,, pasangan hidup yang dicintai,, anak2,, hidup stable,, then,, klo umor panjang idop smpai tua.. then, pasti dan pasti akan mati...
then tepikir.. " mcm nh je ke idop nh???"
ape yg mnusia macam kita ni nak sebenarnye daripada kehidupan...???"
Disebuah kampung nelayan di selatan tanah air terdapat dua orang sahabat yang bekerja sebagai nelayan. Seorang bernana Pak Mat dan seorang bernama Pak Tam. Kedua-dua mereka mempunyai seorang isteri dan 1 orang anak. Isteri Pak Mat namenye Mak Mat dan name anak mereka pule ialah Mat. Pak Tam pula beristerikan Mak Tam dan cube teka name anaknye?? (jengjengjeng...) iye, name anak mereka ialah Tam =p.Berbeza daripada Pak Mat, Pak Tam akan turun ke laut sebelum subuh dan tidak akan pulang hingga beliau dapat memenuhkan peti bekas ikan yang dibawanya. Pak Tam selalu pulang lebih lewat daripada Pak Mat iaitu di kala senja dan kadang-kadang tiba di rumah pabila hari sudah gelap (sebab traffic jam..hehe).
Pak Tam: La... Kalau gi laut lame siket, kau boleh tangkap ikan banyak2.
Pak Mat: Nak buat ape tangkap ikan banyak2?
Pak Tam: Kau nih..slow la.Lebihan ikan tu bolehla kau jual lebih sket kepada Pak Teh.
Pak Mat: Lepas tu?
Pak Tam: Ishh ko ni, untung jualan ikan tu boleh kau kumpul. Bila dah banyak boleh beli bot lebih besar.
Pak Mat: Nak buat ape beli bot lebih besar?
Pak Tam: Kalau ade bot besar, kau boleh pegi ke laut yang lebih dalam.
Pak Mat: Nak buat ape pegi ke laut yang lebih dalam?
Pak Tam: Supaya, lagi banyak ikan kau dapat nanti dan lagi banyak untung kau.
Pak Mat: Lepas tu?
Pak Tam: Bila untung dah banyak, kau boleh beli bot lagi banyak.
Pak Mat: Nak buat ape beli bot banyak2?
Pak Tam: Supaya nanti bolehla kau upah orang kerja bawah kau.
Pak Mat: Lepas tu?
Pak Tam: Nanti, kau tak payah la susah2 ke laut lagi. Ade orang yang kerja untuk kau. Bolehlah kau duduk bersenang-senang.
Pak Mat: Pak Tam, itulah yang aku buat buat sekarang. Buat apa aku susah-susah korbankan kesenangan aku hanya untuk dapat kesenangan..??
Pak Tam: ...
Pak Tam terpaku memikirkan kebenaran kata2 sahabatnya...
Komen saya
Kite pula bagaimana?
I desire from them no provision, nor do I want them to feed Me.
Surely Allah is the Bestower of all provision, the Lord of all power, the Strong."
(Az-Zariyat, 51: Verse 56-58)
Sunday, November 8, 2009
.:Kenape hujan???:.
supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,
dan kebun-kebun yang lebat. (An-Naba, 78: ayat 14-16)
kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya,
lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran,
zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun yang lebat,
dan buah-buahan serta rumput-rumputan,
untuk kesenangan kamu dan untuk binatang ternakmu. ('Abasa, 80: Ayat 25-32)
Bukan saya narrow minded, hendak menolak sains (seperti paderi2 gereja di Eropah semasa zaman gelap dahulu). Kita patut lebih terima Sains sebab ia sepatutnya mengukuhkan keyakinan kita terhadap wujudnya suatu kuasa yang menetapkan semua ketetapan2 sains itu. Namun yang menyedihkan ialah, kita hampir-hampir tidak diajar untuk mengaitkan pembelajaran kita tentang kejadian/proses/etc sains itu dengan Allah, Rabb yang menjadikan dan menetapkan semua itu.hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu,
maka Kami keluarkan disebabkan hujan itu pelbagai macam buah-buahan.
Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."
(Al-A'raf, 7: Ayat 57)
Sama-samalah kita renung dan fikir. Hidup ini pendek dan hanyalah seperti persinggahan buat sang musafir. Destinasi kita adalah alam eternal yang nilainya infiniti.
Dan manusia makhluk yan paling banyak membantah"
(Al-Kahfi, 18: ayat 54).
Nauzubillah...
Friday, November 6, 2009
...Kalimah Al-Haq vs Kalimah Batil...
merentasi zaman, generasi, waktu, suasana dan ketika.
Ia akan sentiasa dipelihara oleh Allah secara terus
dan melalui makhluknya yang mengikut undang-undangnya.
Ia akan sentiasa diilhamkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.
Biarpun jasadnya sudah tiada, namun kata-katanya akan sentiasa terus
disebut-sebut oleh orang yang datang selepasnya.
Kerana kalimah al-Haq itu punyai ruh yang tidak pernah akan mati.
Berapa banyak kata-kata gemerlapan yang disiarkan oleh pemerintah yang zalim;
ia bergema-gema seketika, memancarkan cahaya yang sebentar,
kemudian padam dan senyap, sama seperti tahi bintang yang bertukar
menjadi habuk dan debu selepas terbakar.
Kerana semuanya hanyalah pantulan suara kebatilan
dan kilatannya hanya dari hiasan tipuan, bukan suatu yang benar.











