Sunday, November 8, 2009

.:Kenape hujan???:.

Hari ini hujan lagi.
Hujan dan pelangi I=)

Sejak beberapa hari yang lepas air hujan membasahi bumi Brisbane yang agak kering ini.
Alhamdulillah, Dialah yang menentukan dan menjadikan semua ini, semuanya untuk kita.
Bila hujan, teringat pada beberapa bait-bait ayat dari surat cintaNya;

...dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah,
supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,
dan kebun-kebun yang lebat. (An-Naba, 78: ayat 14-16)

...Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit),
kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya,
lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran,
zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun yang lebat,
dan buah-buahan serta rumput-rumputan,
untuk kesenangan kamu dan untuk binatang ternakmu. ('Abasa, 80: Ayat 25-32)

Hhmm... best tak? Kadang-kadang kita lupa semua ini adalah ciptaanNya sebab kita sekarang berada dalam zaman serba canggih, ada sains dan teknologi, hinggakan kita hampir-hampir menjadikan sains itu tuhan. Kita belajar sejak di bangku sekolah bahawa hujan itu berlaku disebabkan kitaran hujan.Bukan saya narrow minded, hendak menolak sains (seperti paderi2 gereja di Eropah semasa zaman gelap dahulu). Kita patut lebih terima Sains sebab ia sepatutnya mengukuhkan keyakinan kita terhadap wujudnya suatu kuasa yang menetapkan semua ketetapan2 sains itu. Namun yang menyedihkan ialah, kita hampir-hampir tidak diajar untuk mengaitkan pembelajaran kita tentang kejadian/proses/etc sains itu dengan Allah, Rabb yang menjadikan dan menetapkan semua itu.

Bimbang nanti jadilah kita warga yang tidak percaya akan hari kebangkitan. Tidak percaya bahawa yang mati itu akan dihidupkan kembali untuk hari penghisaban. Sebab sains sangat mementingkan logik, mungkin dalam hati kita akan membisik,
"Ish, tak logikla kalau dah mati boleh hidup semula. Kan daging kite dah terurai, dah reput dan dimakan cacing dalam tanah? Tak logik bila jasad kite yang dah hancur tu boleh jadi perfect macam sebelum mati. Ish, memang tak logikla!"

Oleh itu wahai sahabat sidang pembaca sekalian, mari kita sentiasa tadabbur (merenung) alam dan kaitkan semua itu dengan kita. Kerana Allah telah memberikan contoh bagaimana alam ini akan menambah iman kita dalam surat cintanya;

"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya (hujan);
hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu,
maka Kami keluarkan disebabkan hujan itu pelbagai macam buah-buahan.
Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.
"
(Al-A'raf, 7: Ayat 57)


Sama-samalah kita renung dan fikir. Hidup ini pendek dan hanyalah seperti persinggahan buat sang musafir. Destinasi kita adalah alam eternal yang nilainya infiniti.

"Dan sesungguhnya Kami tela mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan.
Dan manusia makhluk yan paling banyak membantah"
(Al-Kahfi, 18: ayat 54).


Nauzubillah...

No comments: