Bismillahirrahmanirrahim...
Bagi yang belum tahu, insya Allah, satu projek pembinaan umat sedang under construction. For more information, feel free to visit http://dijalaninikugapaisakinah.blogspot.com
Sebenarnya saya ingin benar2 sampaikan isi hati ini di sini. Sudah ditaip cantik pun, bahkan sudah ditekan button "publish post" pun... tapi kemudian saya merasakannya terlalu personal. Jadi, saya batalkan niat itu. Biarlah ia tersimpan sebagai draft sahaja. Tapi saya puas, kerana telah meluahnya, meskipun mungkin tiada sesiapa pun yang sempat membaca.
Berkait rapat dengan hal itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa kesyukuran saya. Dengan rendah hati, saya ingin mengucapkan jazakumullahu khayran kateera atas ucapan doa anda semua. Semoga dengan doa ikhlas anda, rumah tangga yang bakal dibina ini dilimpahi Rahmat, Mawaddah dan Sakinah dari Ilahi.
Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan andai ada insan-insan yang terguris hati dengan berita ini. Tiadalah bermaksud dengan sengaja untuk melakukan itu semua.
Akhirul qalam, mohon doa dan sokongan daripada anda semua agar kami tidak tersadung dalam melangkah ke anak tangga baru ini. Agar tidak terjatuh ke dalam lubang merah itu...nauzubillah~
Uhibbukum fillah
aisyahsukimin
8 hari terakhir di Brisbane






