Sunday, December 13, 2009

Khusus buat Kak Teh

Bismillahirrahmanirrahim…
Entry ini khusus buat kak Teh.

Gembira rasa tatkala mendengar khabar pernikahannya, tetapi sedikit sedih kerna tidak dapat bersama menghadiri majlis walimahnya. Namun berita gempar itu lebih menyedihkan diri ini. Tiada kata yang termampu diucapkan melain doa yang tidak putus-putus agar Kak Teh diberi kekuatan oleh Yang Maha Kuasa.

Saya tidak terlalu mengenali Kak Teh. Namun Kak Teh antara orang yang menyambut saya setibanya saya di Auckland pertengahan tahun yang lalu. Kali pertama berjumpa, saya menjangka Kak Teh seorang yang tegas dan tidak ramah. Benarlah bahawa tidak kenal maka tak cinta. Kak Teh sebenarnya lembut dalam tegasnya. Riang ria dalam ramahnya. Suka membuli dengan kasih sayang terhadap roomatenya. Dan banyak lagi sifat-sifat unik Kak Teh yang tidak dapat saya nyatakan dalam bentuk perkataan di sini.

Terus terang banyak yang saya belajar daripada Kak Teh dalam tempoh yang singkat ketika safar ke bumi Kiwi itu. Saya bukan hanya belajar buat sushi, bahkan lebih daripada itu. Insan yang selalu menggerakkan saya untuk Qiam dan Subuh itu sangat dekat dengan Tuhannya, sangat mengambil berat akan adik2 binaannya, serius dalam studi nya namun tidak pernah mengabaikan tarbiyah diri meski dalam kalut exam.

Saya yakin Kak Teh diuji sebegitu kerna ”Allah tidak membebankan hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuannya” (2:286) dan supaya Dia memberi sebanyak-banyak ganjaran buatmu kerana ”Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungnya (39:10).

Moga mutiara kata yang keluar dari mulut Kekasih Allah ini bisa mengubati dan meneguhkan hati mu kak.

”Tiada balasan bagi seseorang hambaKu yang mukmin disisiKu, di waktu Aku mengambil – mematikan – kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan redha Allah, melainkan orang itu akan mendapat Syurga” (Riwayat Bukhari)

”Barangsiapa yang dikehendaki Allah olehnya kebaikan, maka Allah akan memberikan musibah padanya – baik mengenai tubuhnya, hartanya ataupun apa-apa yang menjadi kekasihnnya” (Riwayat Bukhari)

”Tiada suatupun yang mengenai seseorang Muslim –sebagai musibah- baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang ataupun lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti (segala sesuatu yang tidak memcocoki kehendak hatinya, ataupun kesedihan) segala macam waktunya, sampailah sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya itu” (Muttafaq’alaih)

Tiada lain yang dapat saya lakukan dari sini melainkan doa moga akak terus terusan kuat dan tabah setabah isterinya Hanzalah...

Thursday, November 19, 2009

Redho Ilahi...ape tu?

Bagaimana ya untuk hidup dalam redho Ilahi? Bukan ingin menjawab soalan ini, sebab saya bukanlah orang yang faqih dalam bidang agama. Namun mungkin entry ni sekadar perkongsian kefahaman (yang masih cetek) daripada saya seorang hamba Nya yang hina.
Sekai lagi kita refer pada matlamat penciptaan manusia dan jin di atas muka bumi ini.
"Dan Aku tidak menciptakan Jinn dan Manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh."
(Az-Zariyat, 51: ayat 56-59).

Kenape ayat 'ibadah' ini diselarikan dengan 'rezeki'? "Bukankah mencari rezeki itu juga ibadah?" kata sang manusia yang sangat rajin bekerja. Hmm..betullah, saya tidak sangkal. Tetapi cuba kita tengok secara praktisnya, ramai manusia yang keluar bekerja tu sebab semata-mata nak dapat rezeki + kesenangan kan? Nak bukti?
Ramai orang (terumatanya yang hidup di kota2 besar) akan bangkit awal pagi, mengalahkan burung-burung bangkit pagi. Tapi reason bangkit awal pagi tu bukan sebab nak qiamullail sebelum Subuh dan bersolat Subuh di masjid, namun tidak lain sebab nak keluar ke tempat kerja awal supaya tidak terkandas dalam 'traffic jam'. Dan terbukti lagi, bila weekends tak bangun awal pagi pun, sebaliknya selagi boleh tidur, tidur lah sampai tengahari. Subuh pun burn... Kita tanya, ibadah ke tu? Kerja hanyalah ibadah am, dan kefarduan itu adalah ibadah yang khusus. Ibadah am tidak akan menjadi ibadah jika ibadah khusus (atau syariat di langgar).
Mungkin same dengan jadual hidup seorang pelajar degree kot. Masa-masa lain lepak2 la... tengok tv, tengok movie/drama, main X-box etc. Bile nak dekat submission date assignments/reports/projects/exam etc baru nak struggle. Sebab? Sebab nak dapat High distinction, iaitu rezeki juge!

Kemudian tergolonglah kite dalam 'kitaran kurang pandai'. Kerja susah payah untuk dapat duit gaji - duit gaji bayar hutang kereta - kereta untuk pergi kerja - Gi kerja untuk dapat gaji... and the cycle goes on..

So ape point saya? Pointnye, tanya semula diri kita "apa benar semua yang kita lakukan ini ibadah? Atau semata-mata demi memenuhkan perut dan menyenang-lenangkan diri sahaja?"

Hingga apa yang ditulis dalam kitab suci kite, Al Quran Al Kareem, 'tidak sempat' kita fahami dengan alasan bizi la blaja, bizi lah kerja! Macam tu ke kite nak dapat redho Allah? Check smula niat dan cara kita.

Kite letakkan agama hanya di Masjid2, ceramah2 agama, ketika urusan perkahwinan, urusan kelahiran dan kematian. Malu lah kita dengan orang-orang Yahudi dan Zionist yang punyai plan grand ingin menakluki dunia, dan mereka sangat2 berpegang pada 'kitab' mereka.huhu...

Mungkin ade yang tidak tergolong dalam golongan yang saya nyatakan di atas tadi. Alhamdulillah, bab-bab agama ni kire perfect lah. Maka....
akan bersambung... (entah kan bila)
rujukan gambar: www.fathersez.com

*maaf atas salah silap penggunaan bahasa, tiada lain hanya untuk mengekspresi feeling dan pendapat. Saya juga masih belajar untuk mendidik diri tentang konsep rezeki dan ibadah ini. Saya menaip bukan untuk mengatakan saya perfect, tapi moga2 bila saya dah sampaikan, sayalah insan pertama yang punyai desakan untuk melaksanakan apa yang saya katakan. Kerana saya takut 61:2-4.


**Saya faham "bahawa perubahan perlukan kekuatan,, dan kekuatan itu yg sukar dicari..."

Kerana yang sukar itulah yang punyai nilai. Ibarat mencari mutiara di dalam laut dalam, ibarat menunggu terhasilnya permata. Kerana yang sukar itulah Allah ganjari pahala.

"Kerana Syurga itu manis..."


Sunday, November 15, 2009

.:Bangun dari lena yang panjang:.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menghabiskan siri "the Arrivals" (atau boleh klik pd link "Check this out" pada blog ini.) Siri ini diterbitkan pada tahun 2008 dan hanya baru kini hati saya terdetik untuk menontonnya. (huhuu...Rase ketinggalan sungguh). Bagi saya siri ini bukanlah memberi maklumat kerana jika kita mahukan maklumat itu, ia perlu dicari dan dikaji. Tapi cukuplah jika saya nyatakan bahawa siri ini telah membuka mata, dan memberi persepsi yang lebih cerah dalam hidup saya terhadap seluruh peristiwa yang berlaku di atas dunia ini.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya "the Arrivals" nih? Mudahnya saya boleh simpulkan di sini ialah "dunia kini kian tiba ke penghujungnya dan manusia kini sudah ramai yang lari daripada Tuhan, ya, misi sang Iblis, Syaitan dan konco-konconya sedang berjaya."

Apakah misi mereka?

...Iblis menjawab "Kerana Engkau telah menghukumku sesat, aku akan benar2 (menghalangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan datangi mereka dari muka dan belakang mereka, kanan dan kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)"
(Al'Araf, 7:16-17)

dalam surah lain pula berkisar tentang kisah y sama

...Iblis menjawab, "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis"
(Saad, 38:82-83)


dan Allah berfirman di dalam surah Yassin yang mungkin kita baca saban minggu

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu, hai Bani Adam, supaya kamu tidak menyembah Syaitan? Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka mengapakah kamu tidak memikirkan?"
(Yassin, 36: 60-62)

Dan banyak lagi ayat-ayat peringatan daripada Allah supaya berhati-hati daripada jerat musuh utama kita ini. Cukuplah ayat-ayat ini sebagai pedoman, kerana saya belum lagi menjadi penghafaz al-Quran untuk saya lampirkan satu per satu ayat-ayatNya tentang musuh kita ini. Namun persoalannya Cukupkah sekadar yakin mereka adalah musuh kita?


Lantas, siapakah yang akan menewaskan mereka? Siapakah yang mahu menegakkan kalimah al-Haq yang sudah sekian lama dikaburi oleh kalimah al-Batil? Saya!Saya!Saya!Kita semua! (insya Allah). Kerana kita yakin akan janjiNya...


"Sesungguhnya terhadap hamba-hambaKu, kamu (syaitan) tidak dapat berkuasa atas mereka. dan cukuplah Tuhan-mu sebaik-baik penjaga."
(Bani Israel, 17:65)


Sebagai penutup, saya ingin memetik beberapa kata-kata daripada siri ini...


"This is not for entertainment. It was given for you to spread and for you to prepare youself for what is to come"


"I can only show you the door (to freedom), you're the one that has to go through it"


And Finally,


"Enough of sleeping!"

misiku bukan hanya untuk membebaskan tanah Palestin, namun yang paling besar ialah membebaskan jiwa-jiwa yang "dijajah"!!!!



MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Wednesday, November 11, 2009

<...Selamat Kembali ke tanah air...>

Assalamualaikum wbt.

Entry ini adalah khas untuk mengucapkan
SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR
buat sahabat-sahabat yang akan, sedang mahupun sudah pulang ke Malaysia untuk Summer 09. Gunakan masa bersama keluarga dengan sebaiknye ye. Semoga selamat sampai ke rumah. Dan jangan lupe pulang kembali ke sini taw.


Tidak ketinggalan juga Special buat sempai2 yang akan balik FOR GOOD penghujung tahun ni. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kasih sayang kalian. We will treasure the moments that we shared together here. And surely, we'll be missing all of you. Semoga terus sukses ya.perjalanan kita masih panjang...
Sampaikan salam buat orang Malaysia ye...

Tuesday, November 10, 2009

Macam ni je ke hidup nih?

Assalamualaikum wbt.

Sengaja ingin berkongsi cetusan rasa yang mungkin juga dirasai oleh ramai daripada kita, terutamanya insan-insan terpilih yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi dan juga yang sudah mempunyai kerjaya yang hebat2.
****
Let's ponder
"kdg2... dok ptg2 tepikir,, " ape aku nk sebenarnye dlm idop nh???""
blaja tinggi2.. ade degree,, then, ade keje,, kete besa2,, umah,, pasangan hidup yang dicintai,, anak2,, hidup stable,, then,, klo umor panjang idop smpai tua.. then, pasti dan pasti akan mati...
then tepikir.. " mcm nh je ke idop nh???"
ape yg mnusia macam kita ni nak sebenarnye daripada kehidupan...???"

Lantas terus saya teringat tentang suatu "kitaran bodoh" (kasar kah bahasa saya?, maaf). tapi itulah yang mungkin berlaku bila manusia itu tidak jelas dan faham akan matlamat hidupnya. Ade satu cerita yang best untuk menerangkan "kitaran kurang pandai" ini. Walaupun mungkin ramai je orang dah tau cerita ni, tp tak kire, sy nak cerita jugak! Cerita ini saya ambil dan olah daripada orang yang pandai buat cerita (hehee). So, sit back, rilex and enjoy (n reflect) ^_^

Once upon a time... Disebuah kampung nelayan di selatan tanah air terdapat dua orang sahabat yang bekerja sebagai nelayan. Seorang bernana Pak Mat dan seorang bernama Pak Tam. Kedua-dua mereka mempunyai seorang isteri dan 1 orang anak. Isteri Pak Mat namenye Mak Mat dan name anak mereka pule ialah Mat. Pak Tam pula beristerikan Mak Tam dan cube teka name anaknye?? (jengjengjeng...) iye, name anak mereka ialah Tam =p.

Hidup Pak Mat sangat sempoi. beliau akan ke laut selepas subuh. Tidak kira apa sahaja hasil tangkapan yang beliau dapat pada hari itu, beliau akan pulang sebelum zuhur. Kalau banyak, akan dijual olehnya sedikit kepada Pak Teh untuk membeli barang keperluan dapur. Kalau sikit, itulah rezeki yang akan dimakan oleh keluarganya nanti. Selepas Zuhur dan lunch, Pak Mat akan berehat hingga Asar dan kemudian membaiki pukatnya di pangkin depan rumah ditemani Mak Mat sambil2 minum kopi.
Pak Mat, senyum siket...

Berbeza daripada Pak Mat, Pak Tam akan turun ke laut sebelum subuh dan tidak akan pulang hingga beliau dapat memenuhkan peti bekas ikan yang dibawanya. Pak Tam selalu pulang lebih lewat daripada Pak Mat iaitu di kala senja dan kadang-kadang tiba di rumah pabila hari sudah gelap (sebab traffic jam..hehe).

Hinggalah suatu hujung minggu, kedua-dua mereka tidak turun ke laut (public holiday kn...)
Maka Pak Mat dan Pak Tam duduk bersama-sama minum pagi di pangkin dekat dengan laut. Panjang cerita mereka tentang umpan dan joran, tentang jenis-jenis ikan, tentang ombak dan arah angin. hinggalah Pak Tam mengutarakan satu idea yang beliau rasakan bernas.

Pak Tam: Pak Mat, aku tengok kau ni selalu sangat pulang awal dari laut. Kau tak teringin ke nak extend masa ke laut?

Pak Mat: Nak buat ape extend masa ke laut?

Pak Tam:
La... Kalau gi laut lame siket, kau boleh tangkap ikan banyak2.

Pak Mat: Nak buat ape tangkap ikan banyak2?


Pak Tam: Kau nih..slow la.Lebihan ikan tu bolehla kau jual lebih sket kepada Pak Teh.

Pak Mat: Lepas tu?

Pak Tam: Ishh ko ni, untung jualan ikan tu boleh kau kumpul. Bila dah banyak boleh beli bot lebih besar.

Pak Mat:
Nak buat ape beli bot lebih besar?

Pak Tam: Kalau ade bot besar, kau boleh pegi ke laut yang lebih dalam.

Pak Mat: Nak buat ape pegi ke laut yang lebih dalam?


Pak Tam: Supaya, lagi banyak ikan kau dapat nanti dan lagi banyak untung kau.

Pak Mat:
Lepas tu?

Pak Tam: Bila untung dah banyak, kau boleh beli bot lagi banyak.

Pak Mat:
Nak buat ape beli bot banyak2?


Pak Tam: Supaya nanti bolehla kau upah orang kerja bawah kau.

Pak Mat: Lepas tu?

Pak Tam: Nanti, kau tak payah la susah2 ke laut lagi. Ade orang yang kerja untuk kau. Bolehlah kau duduk bersenang-senang.

Pak Mat:
Pak Tam, itulah yang aku buat buat sekarang. Buat apa aku susah-susah korbankan kesenangan aku hanya untuk dapat kesenangan..??

Pak Tam: ...

Pak Tam terpaku memikirkan kebenaran kata2 sahabatnya...

Komen saya
Pak Tam perlu dicontohi dari segi motivasi dan cita-citanya yang tinggi. Namun, personally saya tidak menyokong mana-mana 'Pak'. Cume saya rasakan Pak Mat telah pun mencapai 'matlamat' kalau tujuan ke laut adalah seperti yang dikatakan Pak Tam yang inginkan hidup senang.

Kite pula bagaimana?
Matlamat kita di dunia ini untuk menjadi senang kah? Kita semua bijak pandai belaka kan? Renung-renunglah sendiri.

"I created the jinn and humans for nothing else but that they may serve Me.
I desire from them no provision, nor do I want them to feed Me.
Surely Allah is the Bestower of all provision, the Lord of all power, the Strong."
(Az-Zariyat, 51: Verse 56-58)

...They are our brothers and sisters...

speechless~~~~~
Nauzubillah...

**credit to
ctrlaltshift.co.uk

Ctrl.Alt.Shift Film Competition Winner: War School from Ctrl.Alt.Shift on Vimeo.

...i'm awakened...

Assalamualaikum brothers and sisters...

This short film has 'awaken' me...Let's ponder together... Where are we???


**credit to ctrlaltshift.co.uk

Ctrl.Alt.Shift Film Competition Winner: No Way Through from Ctrl.Alt.Shift on Vimeo.

Sunday, November 8, 2009

.:Kenape hujan???:.

Hari ini hujan lagi.
Hujan dan pelangi I=)

Sejak beberapa hari yang lepas air hujan membasahi bumi Brisbane yang agak kering ini.
Alhamdulillah, Dialah yang menentukan dan menjadikan semua ini, semuanya untuk kita.
Bila hujan, teringat pada beberapa bait-bait ayat dari surat cintaNya;

...dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah,
supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan,
dan kebun-kebun yang lebat. (An-Naba, 78: ayat 14-16)

...Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit),
kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya,
lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran,
zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun yang lebat,
dan buah-buahan serta rumput-rumputan,
untuk kesenangan kamu dan untuk binatang ternakmu. ('Abasa, 80: Ayat 25-32)

Hhmm... best tak? Kadang-kadang kita lupa semua ini adalah ciptaanNya sebab kita sekarang berada dalam zaman serba canggih, ada sains dan teknologi, hinggakan kita hampir-hampir menjadikan sains itu tuhan. Kita belajar sejak di bangku sekolah bahawa hujan itu berlaku disebabkan kitaran hujan.Bukan saya narrow minded, hendak menolak sains (seperti paderi2 gereja di Eropah semasa zaman gelap dahulu). Kita patut lebih terima Sains sebab ia sepatutnya mengukuhkan keyakinan kita terhadap wujudnya suatu kuasa yang menetapkan semua ketetapan2 sains itu. Namun yang menyedihkan ialah, kita hampir-hampir tidak diajar untuk mengaitkan pembelajaran kita tentang kejadian/proses/etc sains itu dengan Allah, Rabb yang menjadikan dan menetapkan semua itu.

Bimbang nanti jadilah kita warga yang tidak percaya akan hari kebangkitan. Tidak percaya bahawa yang mati itu akan dihidupkan kembali untuk hari penghisaban. Sebab sains sangat mementingkan logik, mungkin dalam hati kita akan membisik,
"Ish, tak logikla kalau dah mati boleh hidup semula. Kan daging kite dah terurai, dah reput dan dimakan cacing dalam tanah? Tak logik bila jasad kite yang dah hancur tu boleh jadi perfect macam sebelum mati. Ish, memang tak logikla!"

Oleh itu wahai sahabat sidang pembaca sekalian, mari kita sentiasa tadabbur (merenung) alam dan kaitkan semua itu dengan kita. Kerana Allah telah memberikan contoh bagaimana alam ini akan menambah iman kita dalam surat cintanya;

"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya (hujan);
hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu,
maka Kami keluarkan disebabkan hujan itu pelbagai macam buah-buahan.
Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.
"
(Al-A'raf, 7: Ayat 57)


Sama-samalah kita renung dan fikir. Hidup ini pendek dan hanyalah seperti persinggahan buat sang musafir. Destinasi kita adalah alam eternal yang nilainya infiniti.

"Dan sesungguhnya Kami tela mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan.
Dan manusia makhluk yan paling banyak membantah"
(Al-Kahfi, 18: ayat 54).


Nauzubillah...

Friday, November 6, 2009

...Kalimah Al-Haq vs Kalimah Batil...

Kalimah Al-Haq vs Kalimah Batil

Kata-kata Al Haq (kata-kata kebenaran) itu akan kekal
merentasi zaman, generasi, waktu, suasana dan ketika.
Ia akan sentiasa dipelihara oleh Allah secara terus
dan melalui makhluknya yang mengikut undang-undangnya.
Ia akan sentiasa diilhamkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.

Hanya aqal yang memahami, hati yang bersih dan orang yang benar-benar yakin dengan kebenaran sahaja boleh mengungkapkan kata-kata yang kekal.
Biarpun jasadnya sudah tiada, namun kata-katanya akan sentiasa terus
disebut-sebut oleh orang yang datang selepasnya.
Kerana kalimah al-Haq itu punyai ruh yang tidak pernah akan mati.


Sebaliknya, kata-kata Batil tidak pernah akan kekal lama.
Bera
pa banyak kata-kata gemerlapan yang disiarkan oleh pemerintah yang zalim;
ia bergema-gema seketika, memancarkan cahaya yang sebentar,
kemudian padam dan senyap, sama seperti tahi bintang yang bertukar
menjadi habuk dan debu selepas terbakar.
Kerana semuanya hanyalah pantulan suara kebatilan
dan kilatannya hanya da
ri hiasan tipuan, bukan suatu yang benar.

*Adaptasi dari Muntalaq (Muhammad Ahmad Rasyid)

Azamku: Mahu agar kata-kataku kekal disebut-sebut, dijadikan pedoman, merentasi tempat, waktu dan zaman, biarpun jasadku sudah tiada...

Tuesday, November 3, 2009

<...Rindu pada kenangan lalu...>

Rindu pada kenangan lalu...

Masih ingat lagi
saban minggu
kita bertemu
biar hanya seketika
terkadang bergurau senda

terkadang hanya sekadar makan-makan bersama

Adik2ku,
minggu-minggu ku ceria kerana adanya kamu

(ya kamu, kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu)

biar terkadang berduka entah mengapa
tapi pastinya kerna kam
u
tawa riang, sedih sendu semuanya bersama kamu

Namun ketahuilah adik2ku,
kalianlah yang telah menjadikan hidupku manis, masin, masam etc
banyak mengajarku erti kehidupan
maaf andai tiada apa yang kalian belajar dariku
maklum a
ku jua sedang belajar untuk mengajar
satu kupohon, istiq
amahlah sayangku

Biar kini tiada di depan mata...

Kalian masih dekat di hati...
Moga sentiasa disebut-sebut dalam rangkap doa saban waktu

DOA KITE

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu

Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
SyariatMu di alam maya
Maka Ya Allah
Eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkanlah kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Penuhkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu

Hidup suburkanlah dengan makrifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai Syuhada’
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia…


(Untuk semua French promo 4 juge)

sedih..rupe2nye kite xpernah bergambar bersame=(

Friday, October 30, 2009

..:Things to ponder:..

Assalamualaikum wbt.

Berikut adalah petikan daripada buku "Let's be Muslim" a.k.a. "Dasar-dasar islam" oleh Syeikh Abul A'la Al-Maududi. Saye suke sangat part ni sebab masa saya baca tu, rase macam ditampar-tampar. Harapnye kalian juge begitu. Sengaja saya megambil penuh tanpa mengubah walau sepatah perkataan atau menambah komen persendirian kerana bagi saya apa yang dikatakan oleh Al-Maududi ni sudah cukup jelas tanpa perlu penerangan. Jadi, terimelah untuk tatapan para pembaca semua..


(English version)
Our treatment with the Qur'an
Brethren-in-Islam!

Muslim are the only fortunate people in the world today who have with them the Word of God completely preserved, free from interpolation and precisely in the same wording in which it was revealed to the Holy Prophet (peace be upon him). And these very Muslims are those unfortunate people in the world who have the Word of God with them and are yet deprived of its blessings and its countless boons. The Qur'an was sent to them that they would read it, understand it and act upon it, and, with its help, would establish on God's earth a state which will function according to the law of God. The Qur'an came to grant
them dignity and power. It came to make them real vicegerents of God on the earth. And History testifies that when they acted according to its directions, it demonstrated its power making them Imam and leader of the world. But now for them its utility is confined to keeping it in the house in order to drive away demons and ghosts, to inscribe its verses on paper and hang it round the neck or wash it in water and drink it, and read the contents unintelligibly to get some blessing.

Now they do not seek guidance from it in the affairs of their life. They do not consult it to know what should be our beliefs, what should be our deeds, how should we conduct transactions, what law should we follow in contracting friendship and making enmity, what are the rights on us of our fellow-beings and of our own selves, what is truth for us and what is falsehood, whom should we obey and whom to disobey, with whom should we maintain relation and with whom not, who is our friend and who is our enemy, wherein are honour, well-being and benefit for us and wherein lies disgrace, failure and loss? Muslims have given up ascertaining all these verities from the Qur'an. Now they ask these things from unbelievers, polytheists, misguided and selfish people and from the evil force in their own souls, and follow what these elements advise. Therefore what invariably happens on ignoring God and following the precepts of others, happened to them too, and they are reaping it today in Hindustan, China, Java, Palestine, Syria, Algeria, Morocco and every where.

As for the Qur'an, it is the fountainhead of supreme good. It will impart whatever and as much beneficence you seek from it. If you seek from it such, trivial, frivolous and spurious things as scaring away demons and ghosts, cure for cough and fever, success in litigation and securing of job, then you will get only these things. If you seek leadership of the world and rulership of the universe you will get that also. And if you wish to reach the pinnacle of spiritual glory, the Qur'an will take you there also. This is just a question of your own capability that you ask for two drops from the ocean, otherwise the ocean is ready to give you a gift as big as the ocean.

Gentlemen! The cruel jokes which our brother-Muslims play with the Holy Book of Allah are so ridiculous that if they themselves see anyone else doing such frolics in any other matter, they will laugh at him and even brand him as a lunatic. Tell me if somebody got a prescription written by a doctor and hung it by the neck after wrapping it in a piece of cloth or washed it in water and drank it, then what would you say about it? Will you not laugh at it, and will you not call him a fool? But this very treatment is being meted out before your eyes to the matchless prescription written by the greatest of all doctors for the merciful cure of all your ailments, and nobody laughs at it! No one tries to understand that a prescription is not an article to be hung round the neck or soaked in water and drunk, but that its purpose is to use the medicine as directed by it.

(Malay version)

PERLAKUAN KITA TERHADAP AL-QURAN
Saudara-saudara sesama Muslim!


Umat Islam adalah satu-satunya umat yang paling beruntung di dunia sekarang ini kerana mereka memiliki Wahyu Allah yang terpelihara dalam keadaan utuh dan dalam bentuknya yang asli, bebas dari kekotoran campur-tangan manusia. Setiap kata-kata yang ada di dalamnya masih persis sama dengan ketika ia diturunkan kepada Rasulullah saw. Namun umat Islam ini juga adalah orang-orang yang paling malang di dunia ini, kerana, walaupun mereka memiliki Wahyu Allah tetapi mereka tidak dapat memperoleh berkat dan manfaat wahyu tersebut, yang sebenarnya tidak terhitung banyaknya itu. Al- Qur'an diturunkan Allah kepada mereka agar mereka membacanya, memahami isinya dan berbuat menurut petunjuknya. Dan dengan pertolongan Kitab ini, mereka disuruh untuk menegakkan pemerintahan di muka bumi Allah ini yang berfungsi sesuai dengan hukum Allah. Al-Qur'an datang untuk memberikan kepada mereka kebesaran dan kekuasaan. la datang untuk menjadikan mereka Wakil Allah yang sejati di bumi ini. Dan sejarah telah membuktikan bahawa bila mana mereka (umat Islam) berbuat menurut petunjuk-petunjuk yang terkandung dalam Kitab ini, maka Kitab ini akan memperlihatkan kemampuannya untuk menjadikan mereka imam dan pemimpin dunia. Tetapi sekarang, kegunaan al- Qur'an bagi mereka hanyalah untuk disimpan di rumah untuk mengusir jin-jin dan hantuhantu. Mereka menuliskan ayat-ayat al-Qur'an pada lembaran-lembaran kertas lalu menggantungkannya pada leher mereka, atau mencelupkannya ke dalam air dan kemudian meminum airnya, dan mereka membaca ayat-ayat al-Qur'an tersebut tanpa memahami ertinya, namun mereka mengharapkan untuk dapat memperoleh sesuatu berkat daripadanya.

Mereka tidak lagi mencari petunjuk daripadanya untuk mengatur masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka tidak lagi menjadikan al-Qur'an sebagai pertimbangan untuk mengetahui apa yang harus mereka percayai, apa sahaja, yang harus mereka kerjakan, dan bagaimana mereka harus melakukan transaksi-transaksi. Mereka menjauhi al-Qur'an dalam menentukan hukum-hukum apa yang harus mereka ikuti dalam mengikat tali persahabatan dan membuat permusuhan, hak-hak apa yang dimiliki sesama manusia atas diri mereka dan juga hak-hak mereka sendiri atas sesama manusia. Mereka menjauhi al-Our'an dalam menentukan apa yang benar dan apa yang salah, siapa yang harus dipatuhi perintahnya dan siapa pula yang harus ditentang perintahnya, dengan siapa mereka harus memelihara hubungan dan dengan siapa tidak, siapa teman mereka dan siapa musuh mereka, di mana letak kehormatan, kesejahteraan dan keberuntungan mereka, dan di mana letak kehinaan, kegagalan dan kerugian mereka? Kaum Mustimin tidak lagi memeriksa masalah-masalah ini dengan al-Qur'an. Mereka sekarang meminta petunjuk tentang masalah-masalah tersebut kepada orang-orang kafir, orang-orang musyrik, oring-orang yang sesat dan hanya mementingkan diri sendiri, kepada suarasuara iblis yang ada dalam diri mereka sendiri, dan mereka mengikuti apa sahaja yang dikatakan oleh unsur-unsur tersebut. Kerana itu mereka ditimpa bencana yang pasti akan datang, menimpa sesiapa sahaja yang melupakan Allah dan yang mengikuti petunjuk selain dari petunjukNya. Bencana itu menimpa mereka sekarang di India, Cina, Palestin, Syria, Algeria, Maghribi dan di negeri-negeri lainnya.

Akan halnya, al-Qur’an sendiri, ia adalah sumber kebaikan yang paling besar. Al-Qur'an mampu memberikan kepada anda manfaat apa pun yang anda inginkan dan sebanyak apa pun yang anda mahu. Kalau dari al-Qur'an, yang anda cari hanya manfaat yang kecil dan remeh, seperti untuk mengusir jin dan hantu-hantu, ubat untuk orang sakit batuk dan demam, kemenangan dalam pengadilan dan kejayaan dalam mencari kerja, maka yang anda peroleh, memang, hanya hal-hal kecil itu sahaja. Bila yang anda cari hanya kekuasaan di atas dunia dan penguasaan terhadap alam semesta, maka anda juga akan memperolehnya. Dan kalau anda menginginkan untuk mencapai puncak kebesaran rohani, al-Qur'an juga akan membawa anda ke sana. Ini hanyalah soal kemampuan anda untuk mengambil manfaat daripadanya. Al-Qur'an adalah bagaikan lautan anda hanya mengambil dua titis air daripadanya, padahal, sebenarnya ia mampu memberikan air sebanyak lautan itu sendiri.

Saudara-saudara!
Apa yang diperbuat saudara-saudara kita sesama Muslim terhadap Kitab-Suci Allah adalah sangat bodoh dan patut ditertawakan. Seandainya mereka (saudara-saudara kita sesama Muslim) melihat orang lain berbuat seperti itu terhadap sesuatu yang lain, pasti mereka akan mentertawakannya dan menganggapnya sebagai orang gila. Sekiranya ada orang yang menerima preskripsi dari seorang dokter, lalu preskripsi itu dibungkusnya dengan kain dan digantungkannya di lehernya, atau dicelupkannya ke dalam air dan air itu diminumnya, apa yang akan anda katakan? Tidakkah anda akan mentertawakan dan mengatakan orang itu sebagai orang yang bodoh? Lihatlah, sekarang ini di depan mata anda semua perbuatan seperti ini sedang dilakukan terhadap preskripsi yang paling berkesan dan tidak ternilai harganya, yang ditulis oleh doktor yang paling besar dari semua doktor, yang dimaksudkan untuk menyembuhkan semua penyakit anda. Namun tidak seorang pun yang tertawa melihat perbuatan ini! Tidak seorang pun mencuba mengerti bahawa sebuah preskripsi bukanlah untuk digantungkan di leher atau dicelupkan ke dalam air lalu diminum, tetapi untuk menggunakan ubat dengan cara seperti yang-ditunjukkan dalam preskripsi itu.

Rujukan;
http://www.witness-pioneer.org/vil/Books/M_foi/


Fikir-fikirkanlah...



Trivia Questions;
1)the Quran was revealed in which month?
2) Name the title of of the surah which is also name of an ancient ampire.


Wednesday, October 28, 2009

<:nothing...something:>

Alhamdulillah,


Hati sedang berbunge2...


Menerime sesuatu dari mail box di office,
sebentar tadi,


Sungguh tidak kusangke...


uhuu..tiada lafaz lain yang dapat diungkapkan, melain


TERIME KASIH n JAZAKUMULLAHU KHAIRAN


wahai orang2 yang jauh di mata (namun dekat di hati)

mode: menanti kehadiran insan2 tersayang

281009

Sunday, October 25, 2009

:: I Know Something BIG ::


Cube tengok graf ni. Graf yang sangat sangat cantik lagi abad popular ni. Kalau tak tahu, boleh rujuk sini. Ya, ia adalah gambar rajah mudah yang boleh dikatakan menyimpul perjalanan sejarah ‘islamic civilisation’ sejak dari mula hingga ke penghujung kejatuhan tamadun islam. Ade yang berkata paksi y=bilangan orang islam, ada yang kata keluasan tanah naungan islam etc. However, on my personal opinion, I view, y = kepopularan Islam, x= zaman/tahun. Terpulang anda ingin terjemahkan apa x dan y tu. Namun satu yang pasti, kita kini, Islam kini sudah tidak sepopular dahulu seperti zaman kegemilangan, zaman Abbasiyah. Kedudukan kita kini sama seperti golongan di awal graf, yang mana Islam itu tidak popular, tidak best, tidak nampak indahnya, kesimpulannya kita sama di zaman manusia sekeliling kita di atas muka bumi ini BENCI DENGAN ISLAM (kecuali segolongan kecil). Namun, ingin saya bawa pemerhatian kite semua tentang persamaan antara golongan di awal kenaikan graf dengan golongan yang berada di penghujung graf (dan juge di sepanjang graf tersebut). Siape tahu ape persamaannya? (uh, maaf andai soalan ni terlalu general)

The answer is: “Al-Quran”. Yes, semua ade Al-Quran. Di awal kenaikan graf, Merekalah generasi Al-Quran yang unik, yang walaupun bilangan mereka hanya sedikit, namun mereka pioneer telah melakar sejarah peradaban dunia yang baru ketika itu. Di kala penduduk dunia sekaliannya berada dalam kalut pemikiran dan cara hidup yang jahiliyah, mereka hidup di bawah naugan Rahmat dan Hidayah daripada Allah, iman yang sebenar terhadap kalam Allah yang diturunkan kepada mereka melalui perantaraan Rasul s.a.w.
Situasinya tidak jauh beza dengan dunia kini. Kite berada dalam keadaan sekeliling dipenuhi dengan kejahiliyahan, ketidaktahuan manusia akan jawapan kepada persoalan2; Dari mana aku datang? Untuk apa aku diciptakan? Apa tujuan kewujudan aku di atas muka bumi ini? Apa yang harus aku la
kukan di sini? Ke mana aku akan pergi selepas ini?

Sedangkan semua itu punyai jawapan di dalam kitab yang sudah termaktub sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Ya, di dalam kitab yang pernah kita baca di zaman kanak-kanak, kemudian pabila berjaya membaca seluruh 30 juzuk, kita buat majlis sempena “khatam” nya pembelajaran kita. Kemudian kitab itu kita cium, junjung dan diletakkan di tempat yang paling tinggi di dalam rumah. Sekali-sekala akan ditiup habuk atasnya sebelum dibuka untuk dibaca di bulan Ramadhan. Bahkan mungkin tidak sempat pun untuk membacanya hinggalah berada di umur pencen. Tika kita punyai banyak masa kononnya, namun mata sudah rabun, nak baca pun mungkin merangkak-rangkak (sebab dah lame tak baca).

Atau mungkin ada yang lebih baik daripada itu. Baca Quran selalu la… tiap-tiap malam jumaat kami baca Yassin ape… Kadang-kadang bile tension study atau buat asignment, baca la Quran, penenang hati. Dan bile rase x sedap badan, pening2 ke, migrain ke, baca la Quran, ringan sikit rase kepala. dan etc situasi lain. Alhamdulillah, bagus2. Tapi pernahkah kite terfikir apa isi kandungan Yassin yang kite baca saban minggu tu? Apa pula isi kandungan ayat2 Quran yang kite baca hingga boleh menenangkan hati tu?


Atau ada yang lebih baik daripada yang lebih baik itu. Baca Quran tiap-tiap hari la. Kan Nabi cakap, baca satu huruf tu dapat 10 kebaikan/pahala. Bace “Alif, Lam, Mim” je dah dapat 30 kebaikan/pahala. Kan senang nak dapat pahala… Kalau macam tu, baik Allah turunkan "Aliff, Lam, Mim" tu je, xperlu sampai 114 surah. Ye dak?

Hmm..namun, sejauh mana telah kite jadikan Quran itu jawapan kepada persoalan kehidupan? Suka saya memetik kata-kata Al-Maududi, yang lebih kurang begini maksudnya (Sy olah sdr); ‘Kite ni macam orang yang sakit, pergi jumpe doctor, kemudian doctor bagi preskripsi ubat. Kite tak pergi pun farmasi utk beli ubat apatah lagi makan ubat yang doctor suruh tu. Tapi ape yang kite buat, kite balik rumah dan baca preskripsi tu “Antibiotik, ambil selepas makan, dua kali tiap hari, makan sampai habis”. Adekah akan sembuh sakit kite?’ Gitula lebih kurang kata-kata pakcik Maududi.

Terkadang perlakuan kite terhadap Quran tu seperti kite membaca mantera-mantera Sanskrit yang tidak difahami maksudnye, apatah pule nak diamalkan. Yang membuatkan saya berfikir, ada benarnye.
Quran yang ade pada kite tidak mampu mengubah kite, perspesi kite, pandangan kite, paradigma kite terhadap seluruh alam ini dan isinya, tidak seperti generasi para sahabat dan generasi Quran terdahulu. Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan cara kita beriteraksi dan perlakuan kite terhadap Al Quran ini.

Insya Allah, bila ada desempatan, saya akan share sedikit tips2 cara berinteraksi dengan Quran, hasil koleksi daripada talk yang pernah saya attend. Bukan untuk mengatakan saya yang paling pandai tentang isi kandungan Quran ni. Bukan! Sekadar untuk mengajak kite sama-sama berfikir dan mengambil pengajaran kerana saya juga pernah berpersepsi seperti ketiga-tiga golongan di atas. Dan diri ini masih belajar dan moga diizinkan untuk terus belajar....
Become dedicated men of Allah, in accord with the dictates of the Book you have been teaching and studying." (3:79)

Saturday, October 17, 2009

.:He was touched by the Quran, but we?:.

Assalamualaikum, buat 'assabiqunal awwalun' & sidang pembaca semua.

Alhamdulillah, kite masih diberi kesempatan bernafas di bawah naungan Islam dan Iman.
Nak share juge satu lagi video sharing darpd seorang new brother tentang pengalaman beliau memeluk Islam.
Same seperti video sebelum ni, Bro Abu Bakar ni tersentuh dengan islam ni dengan quran (dan juge byk faktor lain i.e. ukhuwah etc)
Tapi mari kite sama-sama muhasabah
"Kite bagaimana?"
"Pernahkah kite rase benar-benar Alah berinteraksi dengan kite melalui ayat2 Nya?"
atau
"Do we ever care what Allah wanna tell us in the Quran?"
Allahu'alam.
moga bermanfaat.
^_^
Part 1

Part 2

Part 3

"Taha. Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah, "

(20:1-3)


*credit to ahlul bait darul Salam=)

Friday, October 16, 2009

....Mereka tersentuh dengan Quran...kite????....

Assalamualaikum buat 'Assabiqunal awwalun' dan para pembaca sekalian.

Saje ingin berkongsi video yang best yang boleh kite sama muhasabah diri kite,
sejauh mana tersentuhnya kite dengan Al-Quran
(yang mungkin telah sekian lama kite kenal)...


Allahu'alam..







Sanah Helwah ya jameelah..!



Ulang tahun kelahiran “Sanah Helwah”, “Happy Birthday”, “Alles Gute zum Geburtstag”, “Joyeux anniversaire” etc merupakan sinonim dalam bahasa2 lain kepada Ulang tahun kelahiran. Acap kali kita di zaman ini terutamanya di kala usia remaja ini (eh, remaja lg ke?), ulang tahun hari kelahiran merupakan salah satu daripada ‘event’ yang ‘bermakna’ dan dinanti-nantikan. Tambahan pula di dalam tamadun Barat ini (eh, tahu kan kalendar yang kita guna sekarang ialah kalendar Masihi?), rata-rata daripada kita akan menunggu-nunggu saat-saat tepat masuk jam 12 tengah malam tarikh sebelum ‘Hari Jadi” untuk kita mengucapkan “Happy Birthday!!”

 
Saya masih ingat ketika kami bersama-sama ‘celebrate’ birthday pakcik kami tidak lama dahulu. Hmm..tazkirah yang sangat terkesan di hati saya. Beliau menghargai usaha kami dengan kek dan satay untuk menyambut ‘birthday’ beliau, tapi antara yang mengesankan ialah.. “Birthday saya bukan harini” sebaliknya mengatakan bahawa birthday nya adalah sekian2 haribulan (menurut kalendar Hijr). Sambil tersenyum pakcik kata (lebih kurang bunyi ya) “Inilah hebatnya tamadun, sampai celebrate birthday pun, nak ikut cara (kalendar) mereka, kesian kite kan?”

Pada saya, ada logiknya juga pernyataan beliau tu. Betapa besarnya kesan tamadun kepada dunia, kerana majoriti penduduk dunia ini akan menurut cara hidup mereka yang memegang tamadun ketika itu. Dan sambutan ulang tahun kelahiran ini juga salah satu daripada cara hidup mereka. Kalau ditambah dengan megadakan party etc, hmm.. lebih-lebih lagilah.

 
Dan sebenarnya apa yang kita raikan? Kita bukan sahaja meraikan sudah berapa tahun kita hidup, sebaliknya kita juga meraikan ‘baki umur’ kita di dunia ini.Hmm..betul tak? Jadi, selayaknya hari ulang tahun kelahiran kita merupakan antara hari yang baik untuk kita muhasabah dan refleksi, tentang apa yang sudah kita lakukan sepanjang tahun yang telah kita laui dengan jayanya. Dan juga menjadi tazkirah terbaik buat kita untuk bertanya pada diri, apakah perancangan kita untuk menguruskan baki umur yang tinggal (yang tidak diketahui sebenarnya) sebelum kita meninggalkan dunia yang fana ini.
 
Hmm..beberapa hari lepas merupakan hari ulang tahun kelahiran saya menurut kalendar Masihi.
( Sy lahir pagi 5 Syawal =] )
Dan biasalah, orang akan tanya,
“What is your wish?”
“Hmm.. A lot actually! But one of it now is…
I wish for ‘Ansariy’ or ‘Harun’ now..“

olden entries by
ai_suki


*dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mngucapkan Sanah Helwah juge buat semua akhawat:)

23May2009



Monday, September 28, 2009

.:al-Muddastsir...hati terpukul:.

Peringatan buat diri yang terkadang meng'ilah'kan harta.nauzubillah..
ujian yang sedang dihadapi, benar-benar ingin memisahkan diri ni dari perasaan itu.
(sedangkan dariNyalah segala rezeki)

dan Dia seolah-olah menegur.. dalam surat cintanya.. Surah al-Muddastsir ayat 6
"dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak"
Ditambah pula dengan ulasan Syed Qutb di dalam Fi Zhilal...


"Dititahkan juga agar jangan mengungkit-ungkit, menghitung-hitung atau membesar-besarkan apa juga amal bakti yang telah dilakukan. Sudah pasti Junjungan akan banyak berjuang dan banyak berkorban. Tetapi biar betapa besar pengorbanan dan perjuanganniya namun semuanya itu tidak harus dibesarbesar dan dihitung-hitung; kerana dakwah ini tidak akan tegak dan jaya jika ianya dikendalikan oleh jiwa yang peka dan perasa dengan apa yang telah dikorbankan: menghitung-hitung sebanyak mana dan sebesar mana pengorbanan yang telah dicurahkan untuk dakwah.


Pengorbanan yang diperlukan oleh dakwah adalah terlalu besar, tetapi ianya akan terasa kecil dan ringan kiranya segala pengorbanan dan jerih payah yang telah berlalu itu dapat dilupakan, lebih tegas lagi segala yang berat akan terasa ringan kiranya wujud sikap tidak mahu merasakan besar dan beratnya pengorbanan itu kerana ia sudah tenggelam asyik dalam perasaan yang berpaut erat dengan Allah: ia merasakan bahawa segala sesuatu yang telah dibelanjakan itu semuanya adalah anugerah pemberian Allah: yang harus disyukuri dengan membelanjakannya untuk menegakkan dakwah, bukan untuk diungkit-ungkit, dihitung-hitung dan dibesar-besarkan.


Akhirnya dititahkan agar Junjungan besabar, bersabar demi Tuhannya. ini adalah pesanan yang sering diulang-ulang mengiringi setiap kali datangnya perintah meIaksanakan dakwah. Sabar adalah berbekalan terpenting dalam mengharungi medan perjuangan yang sengit ini: perjuangan menyeru kepada Allah, perjuangan menundukkan hawa nafsu dan musuh-musuh dakwah yang disokong dan didalangi oleh syaitan. Ianya adalah perjuangan sengit dan memanjang terus-menerus yang tidak ada perbekalan di dalamnya selain dari sabar; sanggup menempuh apa sahaja dalam mengharapkan restu perkenan dan keredaan dari Allah."

Hati terpukul, arrghh..kerdilnya diri, kecil saja pengorbanan ini sebenarnya..

(namun pada masa yang sama terubat...)