Kalimah Al-Haq vs Kalimah Batil
Kata-kata Al Haq (kata-kata kebenaran) itu akan kekalmerentasi zaman, generasi, waktu, suasana dan ketika.
Ia akan sentiasa dipelihara oleh Allah secara terus
dan melalui makhluknya yang mengikut undang-undangnya.
Ia akan sentiasa diilhamkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.
Hanya aqal yang memahami, hati yang bersih dan orang yang benar-benar yakin dengan kebenaran sahaja boleh mengungkapkan kata-kata yang kekal.
Biarpun jasadnya sudah tiada, namun kata-katanya akan sentiasa terus
disebut-sebut oleh orang yang datang selepasnya.
Kerana kalimah al-Haq itu punyai ruh yang tidak pernah akan mati.
Biarpun jasadnya sudah tiada, namun kata-katanya akan sentiasa terus
disebut-sebut oleh orang yang datang selepasnya.
Kerana kalimah al-Haq itu punyai ruh yang tidak pernah akan mati.
Sebaliknya, kata-kata Batil tidak pernah akan kekal lama.
Berapa banyak kata-kata gemerlapan yang disiarkan oleh pemerintah yang zalim;
ia bergema-gema seketika, memancarkan cahaya yang sebentar,
kemudian padam dan senyap, sama seperti tahi bintang yang bertukar
menjadi habuk dan debu selepas terbakar.
Kerana semuanya hanyalah pantulan suara kebatilan
dan kilatannya hanya dari hiasan tipuan, bukan suatu yang benar.

*Adaptasi dari Muntalaq (Muhammad Ahmad Rasyid)

2 comments:
Nice! esp : Mahu agar kata-kataku kekal disebut-sebut, dijadikan pedoman, merentasi tempat, waktu dan zaman, biarpun jasadku sudah tiada...
p/s menghitung hr, ad setahun lg nk tgu akak blek..huhu
invisible: moga semua kita rasa begitu. Kata-kata itu akan kekal bukan dsebabkn kita rase kite best, tp sebab kata-kata itu dipeliharaNya..insya Allah
Post a Comment