Wednesday, November 24, 2010
Bait muslim...
Wednesday, November 10, 2010
Sahabat... maaf...
sekarang, boleh dah tanye...
akan jawab sedaya yang boleh
Sunday, August 8, 2010
sanah helwah ya jameelah - 080810
Assalamualaikum wbt
Sekalung doa buatmu ukhti, semoga tahun ini memberi lebih makna kepada kamu.
moga dengan melangkahnya kamu ke tangga baru, melajukan lagi urusan dakwah dan tarbiyahmu.
Saya masih ingat lagi doa mu...
"Syah, aku nok laki hok jughuh (jurus=baik)"
hanya meng'amin'kan dalam hati...
moga doamu benar2 termakbul... kekal hingga ke syurga...insya Allah..
Saya sangat sayang kamu...
dan entry yang saya 'copy paste' daripada kak Muharikah ini menyatakan sedikit sebanyak isi hati ini... [walaupun mungkin kamu tidak membacanya saat ini]
****
Adakah cerita kita tetap sama?
July 22, 2010 by muharikah 4 Comments
Satu ketika dahulu, adikku pernah bertanya kami sewaktu kepulangan kami ke kota scotland sepulang dari program di Birmingham.
‘ Kak, bila lagi kita nak jalan sama-sama lagi?’
Hatinya mungkin sayu.
Dan aku menatapnya pilu.
Mungkin itulah detik terakhir aku melihatnya sebagai seorang gadis.
Dia pulang ke tanah air setelah itu, dan malam ni alhamdulillah selamat diijabkabulkan dengan lelaki terbaik, pilihan Allah buatnya.
‘Apa perasaan aisyah, akak nak kahwin ini?’
Dahulu pernah aku ditanya begitu di saaat kakak yang rapat denganku akan berumah tangga.
Memang bila kita masih single, kita suka kawan-kawan/akhawat sentiasa bersama kita.
Namun bile mereka diambil oleh lelaki asing, tentulah keadaanya tidakkan sama lagi.
Manusia perlu berkahwin. Itulah sunnatullah. Itulah fasa yang perlu dihadapi. Dunia akan terus berjalan, dan manusia akan hidup dengan pasangannya, mencipta mimpi dan cita-cita.
‘ Dulu time tak kahwin, ada je masa dengan kita. Sekarang dah kahwin, tak pernah duduk lama2 dengan kita dan borak lama2. nak pergi mana-mana mesti pergi dengan hubby.’
Memang itu norma. Tak dapat dielakkan. Jika kita berada ditempatnya, kita pasti melakukan perkara yang sama.
( sebab itu setiap akhawat yang dah kahwin akan bermatian mencari pasangan untuk mutarabbinya kerana memahami kesedihan itu)
Perkara ini bukan dirasai oleh akhawat sahaja. orang biasa pun sama.
Itulah sunnatullah.
Sebab itulah , sebagai murabbi, perasaan kita pasti bercampur baur ketika menyaksikan pernikahan mutarabbi/akhawat/sahabat baik kita.
Kita teramat gembira untuk dia. Dan kita akan bantunya sedaya mungkin melalui proses pernikahan itu.
Namun ada satu posisi yang tak dapat kita lari darinya.
Kita akan ‘terasa’ kehilangannya.
Keadaan pasti tak sama seperti dahulu.
Dia berlainan apabila pada awal pengenalan kita dah kenal orang itu sudah berkahwin, sebab kita boleh adapt.
Seperti saya, meladeni zarith dari usia mudanya bertatih di bumi dakwah ini. Melihatnya tumbuh dan subur menjadi seorang mujahidah yang akhirnya acapkali menjadi pembantu saya dalam pelbagai perkara. Hinggalah di tahap ini kami semarhalah dalam tarbiyah. Pelbagai peristiwa dan cerita dilalui. Semua perkara diqadhayakan bersama. Suka dan duka, tangis dan tawa. Malah kereta dakwah kami banyak menyaksikan pergaduhan kami, dan air mata yang berguguran kerananya.
Bagaimana tidak aku anggapnya istimewa, kerana pada dirinya aku temui kekuatan dan teguran pedas sehinggakan aku merasai pada setiap tegurannya…
‘ dia ini tak faham ke perasaan orang. asyik fire je..’
namun itulah dia sahabatku, dan mungkin tak ramai memahamiku seperti dia.
‘Adakah sister kita akan sama seperti mana dia dah kahwin dan sebelum kahwin?’
Logiknya memanglah kene berbeza. sebab itulah fasanya akan jadi berbeza.
Namun mindset/matlamat kepada baitul dakwah itu teramat penting.
Aku ceritakan pada kamu sebuah cerita.
Tentu kamu amat mengkaguminya.Orang sebegini tidak mampu menukilkan tinta emas mereka kerana kesibukan mereka yang melampau untuk agama Allah dan RasulNya, serta menunaikan hak peribadi mereka yang lain.
Ukhti ini seorang doktor pakar perubatan ( jawatan registrar/associate specialist) di sebuah hospital di Malaysia. Dai ada 4 orang anak yang semuanya agak kecil.
Dahulu pernah dia memegang usrah seramai 20 orang. Maknanya setiap 20 orang itu pasti memiliki sekurang-kurangnya 10 anak binaan.
Dan anak-anak binaan di bawahnya itu memiliki lagi binaan yang lain.
Pernah apabila dibuat statistik, usrah tree mereka memiliki 800 orang ahli.. semuanya bernukleuskan usrah ukhti itu tadi.
Kalau antum bekerja sebagai doktor, antum tahu betapa perit dan letihnya waktu oncall.
Orang biasa akan balik rumah, makan, dan tidur.
Bagi daie seperti dia, habis kerja, pergi usrah, makan di tempat usrah, qadhaya, dan tidur 3-4 am, kemudian bekerja semula pada 7 amnya semula.
Orang biasa akan gunakan hujung minggu untuk mengemas rumah atau pergi bercuti. Bagi daie, seminggu dalam sebulan untuk keluarga, seminggu dalam sebulan untuk kenduri, seminggu sebulan untuk daurah diri sendiri, seminggu sebulan untuk daurah mutarabbinya.
Namun orang sesibuk itu bagaimana pula? Masih lagi ada mesyuarat dan program-program kemasyarakatan yang lainnya.
Dalam arus kebangkitan dakwah dan tarbiyah ini, ramai orang mendambakan kesinambungan dakwah dan tarbiyah di Malaysia. Terutamanya bagi pelajar di luar negara.
Pernah nama-nama pelajar ini diserahkan padanya untuk disambungkan tarbiyah di Malaysia. Ketika itu dia baru pulang dari bekerja. Kemudian ada usrahnya sendiri yang habis pukul 1-2 am. Lepas menyusukan anaknya dia mahu sahaja tidur kepenatan, namun melihat borang-borang pindah ahli yang tak disentuh lagi dia berkata:
‘ kalau aku tak buat amanah ni, Allah pasti akan cari orang lain untuk buat.’
Dia melawan kepenatan dan keletihan badannya untuk membalas emel dan menguruskan perpindahan itu malam itu.
Dan dia cuma tidur sejam sahaja malam itu sebelum kembali bekerja di hospital.
Saya amat kagumi ukhti itu. Dan saya rasa amat dekat dengannya. Walaupun dia sudah berkahwin dan ada 4 orang anak. Dirinya tak pernah rengang dan jauh dari kami. Sentiasa dekat. Sentiasa ada ruang-ruang berkongsi masalah dan bertanya khabar.
Adakah cerita kita tetap sama? Walaupun status kita akan bertukar nanti?
Tuesday, March 16, 2010
Tiada paksaan...
Tanpa saya sedari, lama sudah rupanya tidak post apa2 untuk blog ini.
Posts yang sebelum ini pun entah ape2 la manfaat yang boleh didapati darinya.
Maaf ye.
Terkadang saya terfikir, kenapa perlunya saya punyai blog kalau tiada manfaat yang saya (mahupun orang lain) peroleh daripadanya? Setelah saya renungi... jawapannya kembali pada diri... "saya 'tidak pandai' menulis"... bukan tidak pandai menulis, namun saya sedar saya tidak punyai 'skill' ataupun seni menulis... Oleh yang demikian, maafkan saya ye.
Tidak banyak yang ingin saya kongsikan pada entry kali ini.
Ini hanya sekadar coretan kehidupan saya.Jika ada yang tidak setuju, saya faham..
Terkenang pada seseorang nun jauh di sana, tapi dekat di hati...
Inginku kongsi kalimah-kalimah yang membuatku berfikir...
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan" (90:10)
"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Beruntunglah orang2 yang menyucikan jiwa itu. dan merugilah orang2 yang mngotorinya" (91:8-10)
"Tiada paksaan dalam Islam; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat..." (2:256)
Nah, Gigit kata2 akak ni, "tiada siapa yang pernah memaksa kita. kalau di skolah/uni, kita ponteng beberapa kuliah dan tutor, pastinya akan ditendang dari uni akhrnya. Namun University Tarbiyah, university yang tiada graduasi ataupun certificate ini, tidak pernah akn menendang penuntut2nya hinggalah sang penuntut sendiri mengeluarkan dirinya daripada uni ini.ia adalah urusan antara kita dengan Allah"
allahu'alam.
Friday, January 8, 2010
Kuserahkan cinta pada...
Sengaja ingin berkongsi bait-bait lagu yang menjadi salah satu sumber kekuatan jiwa.
Moga yang berkongsi dapat menghayati terlebih dahulu daripada yang dikongsi.
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah
Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Belle
Penerbit : Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Sumber http://www.hijjaz.com.my
Sunday, December 13, 2009
Khusus buat Kak Teh
Entry ini khusus buat kak Teh.
Gembira rasa tatkala mendengar khabar pernikahannya, tetapi sedikit sedih kerna tidak dapat bersama menghadiri majlis walimahnya. Namun berita gempar itu lebih menyedihkan diri ini. Tiada kata yang termampu diucapkan melain doa yang tidak putus-putus agar Kak Teh diberi kekuatan oleh Yang Maha Kuasa.
Saya tidak terlalu mengenali Kak Teh. Namun Kak Teh antara orang yang menyambut saya setibanya saya di Auckland pertengahan tahun yang lalu. Kali pertama berjumpa, saya menjangka Kak Teh seorang yang tegas dan tidak ramah. Benarlah bahawa tidak kenal maka tak cinta. Kak Teh sebenarnya lembut dalam tegasnya. Riang ria dalam ramahnya. Suka membuli dengan kasih sayang terhadap roomatenya. Dan banyak lagi sifat-sifat unik Kak Teh yang tidak dapat saya nyatakan dalam bentuk perkataan di sini.
Terus terang banyak yang saya belajar daripada Kak Teh dalam tempoh yang singkat ketika safar ke bumi Kiwi itu. Saya bukan hanya belajar buat sushi, bahkan lebih daripada itu. Insan yang selalu menggerakkan saya untuk Qiam dan Subuh itu sangat dekat dengan Tuhannya, sangat mengambil berat akan adik2 binaannya, serius dalam studi nya namun tidak pernah mengabaikan tarbiyah diri meski dalam kalut exam.
Saya yakin Kak Teh diuji sebegitu kerna ”Allah tidak membebankan hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuannya” (2:286) dan supaya Dia memberi sebanyak-banyak ganjaran buatmu kerana ”Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungnya (39:10).
Moga mutiara kata yang keluar dari mulut Kekasih Allah ini bisa mengubati dan meneguhkan hati mu kak.
”Tiada balasan bagi seseorang hambaKu yang mukmin disisiKu, di waktu Aku mengambil – mematikan – kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan redha Allah, melainkan orang itu akan mendapat Syurga” (Riwayat Bukhari)
”Barangsiapa yang dikehendaki Allah olehnya kebaikan, maka Allah akan memberikan musibah padanya – baik mengenai tubuhnya, hartanya ataupun apa-apa yang menjadi kekasihnnya” (Riwayat Bukhari)
”Tiada suatupun yang mengenai seseorang Muslim –sebagai musibah- baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang ataupun lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti (segala sesuatu yang tidak memcocoki kehendak hatinya, ataupun kesedihan) segala macam waktunya, sampailah sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya itu” (Muttafaq’alaih)
Tiada lain yang dapat saya lakukan dari sini melainkan doa moga akak terus terusan kuat dan tabah setabah isterinya Hanzalah...


