Wednesday, November 24, 2010

Bait muslim...

Bismillahirrahmanirrahim...

Bagi yang belum tahu, insya Allah, satu projek pembinaan umat sedang under construction. For more information, feel free to visit http://dijalaninikugapaisakinah.blogspot.com

Sebenarnya saya ingin benar2 sampaikan isi hati ini di sini. Sudah ditaip cantik pun, bahkan sudah ditekan button "publish post" pun... tapi kemudian saya merasakannya terlalu personal. Jadi, saya batalkan niat itu. Biarlah ia tersimpan sebagai draft sahaja. Tapi saya puas, kerana telah meluahnya, meskipun mungkin tiada sesiapa pun yang sempat membaca.

Berkait rapat dengan hal itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa kesyukuran saya. Dengan rendah hati, saya ingin mengucapkan jazakumullahu khayran kateera atas ucapan doa anda semua. Semoga dengan doa ikhlas anda, rumah tangga yang bakal dibina ini dilimpahi Rahmat, Mawaddah dan Sakinah dari Ilahi.

Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan andai ada insan-insan yang terguris hati dengan berita ini. Tiadalah bermaksud dengan sengaja untuk melakukan itu semua.
Akhirul qalam, mohon doa dan sokongan daripada anda semua agar kami tidak tersadung dalam melangkah ke anak tangga baru ini. Agar tidak terjatuh ke dalam lubang merah itu...nauzubillah~


Uhibbukum fillah

aisyahsukimin
8 hari terakhir di Brisbane

3 comments:

Ila Aqilah said...

fibi doakan kebahagiaan aisyah..amin =)
p/s: doakan fibi juga ;)

Unknown said...

moga Allah mudahkan enti =p
ade org terguris? tak tak, sedih je..hehe



p/s: remember the time when kak K walimah dulu? semua tulis surat cinta yg sungguh menyedihkan.tp skrg smue org belajar something kan, bhw ukhtinya sdg melangkah ke tangga seterusnya,maka kami ptt bersyukur dan gembire =p

Tulipomania said...

salam . bloqwalking n i found ur nice blog here.
sis , m going 2 QUT nex yer .. really need ur reviews bout wut should i expect there .huhuhu . nervous .