Tuesday, November 16, 2010

aidil adha... 'ismail' Ibarahim adalah anaknya... "ismail" kita?

Ibadah Haji dan ibadah Qurban...
Dua ibadah besar di sebalik sambutan Hari Raya yang kita celebrate setiap tahun ni.
Sememangnya bertepatan dengan "Hari Raya Qurban" ini, kedua-dua ibadah ini memerlukan pengorbanan yang amat tinggi. Dan perkataan Qurban itu sendiri berkait dengan kata Quraba-qaribun yang bermaksud dekat. Maka, orang yang berjaya atau cuba menghayati erti pengorbanan ini, nescaya, tergolonglah ia dalam golongan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Qurban Ibrahim - Ismail
Nabi Ibarahim boleh dikatakan icon cemerlang antara insan-insan yang dekat dengan Allah SWT. Hidupnya diuji sejak dari kecil, cubaan dibakar oleh Raja negerinya, beriman tatkala hampir seluruh penduduk dunia kufur, terpaksa meninggalkan isteri dan anak tercinta, Hajar dan Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kering-kontang, dan kini disuruh pula menyembelih anak kesayangannya, yang jarang bersua.

Dia tetap cemerlang
Sang Khalilullah ini, memang layak digelar Khalilullah (kekasih Allah). Biar apa dugaan yang melanda, biar susah, demi suruhan Kekasihnya, dia sanggup. Dan kesanggupan itu bukan mudah, meski dia rasul Allah, kerana dia juga manusia biasa, punya rasa, punya cinta... Namun dia kenal cinta mana yang harus dijadikan prioriti.


Baitul Muslim contoh

Dari sudut lain, kita boleh melihat baitul muslim yang dibina ini begitu utuh dengan pegangan-pegangan iman yang tidak goyah. Kita boleh kata "Nabi Ibrahim bolehlah buat, dia Nabi!" Hhhmmm~
Tapi Hajar bukan Nabi kan? Dia wanita biasa. Dia patut dapat award 'Isteri dan Ibu Misthali'. Kagum benar dengan iman wanita ini tatkala ditinggal sang suami di tengah-tengah lembah Makkah yang kering kontang lagi ketika itu:
"Adakah ini perintah Allah?" tanya Hajar kepada Ibrahim. "Jika ia adalah perintah Allah, maka aku yakin, Dia takkan mensia-siakan hamba-hambaNya".
Subhanallah. Hebat iman mu Hajar! Tingginya tawakkal mu!


Orang yang beriman akan sentiasa diuji
Tidak cukup dengan ditinggalkan begitu sahaja di tengah-tengah padang pasir  Makkah bersama anak kecil, hanya diziarahi beberapa kali oleh Nabi Ibrahim dari bumi Palestine. (dengan tiada sistem perhubungan seperti internet untuk berhubung via FB, YM, Skype dan webcam)...dia tabah membesarkan Ismail. Namun, ujian PJJ  (palestine-makkah) itu rupanya bukan yang paling besar... kini ujian datang lagi. Anak yang dijaga penuh susah payah tanpa kehadiran suami di sisi selalu, kini hendak dijadikan korban pula.  
She could've said, "Hello~! It's me who brought up our beloved kid all this while, not you. And now you came and...(tak mampu nak cakap)"  [fiction].
Tapi tidak dicatatkan dalam seerah, penentangan dari Hajar yang istimewa ini, kan?

Ismail juga patuh
Hebat tarbiyah nabi Ismail juga... tetap utuh dengan iman, meski tiada ayah selalu di sisi sebagai role model. Mantap tarbiyah yang diberikan Hajar sepanjang ketiadaan Ibrahim.

Anak ini boleh sahaja protes: "Excuse me dad (with sarcastic tone)~ who are you to do this to me? You've never been around whenever i need you. and now you want me to sacrifice myself? are you insane???" [fiction]
Tapi dia tidak begitu. Dia anak yang soleh, yang tahu makna sebenar 'sacrifice', 'tadhiyah' atau dalam bahasa Melayu, 'pengorbanan'. Dia digelar "Ghulamun Halim" dalam surah AsSaffat ayat 101, dia anak yang penyantun, yang sopan, yang baik, yang taat... tidak mampu diterjemah ke dalam bahasa kita maksud "Halim" tersebut.


Anak soleh atas doa bapa yang soleh
Terbukti nabi Ismail ini anak yang sangat soleh, penyantun, sabar... Kerana dengan lapang hatinya dia berkata kepada bapanya, "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, nescaya kau akan mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar" (AsSaffat:102). Ini semua berkat doa nabi Ibrahim jua sebelum dianugerahkan Ismail kepadanya, "Rabbi habli minassolihin" (Ya Allah, kurnikanlah kepadaku anak yang termasuk dalam golongan yang soleh, AsSaffat:100).

Allah tidak mensia-siakan orang-orang yang sabar dan betul-betul mendekatiNya
Subhanallah, Allah itu tidak zalim. Dia hanya menguji. Dia hanya mahu kita tajarrud (melucutkan) segala ikatan-ikatan duniawi yang bisa melemahkan langkah kita. Dia mahu meng clear kan jalan kita. Dia hanya mahu lihat bukti usaha kita. Ikutilah penutup kisah yang indah dalam ayat berikut surah Assaffat ini...
"Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya, nyatalah kesabarannya, dan Kami panggillah dia, "Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar ujian yang nyata, Dan Kami menebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar...(ila akhir ayah)" 


Ismail adalah kesayangan Nabi Ibrahim, maka apa pula "ismail" KITA?
Jika Ismail adalah kesayangan Nabi Ibrahim yang Allah uji dengan perintah qurban, maka apa pula ismail kita? Apa yang bakal mengganggu gugat kita dalam amal dakwah kita? "ismail" kita mungkin banyak, antaranya, duit kita, kereta kita, rumah kita, kerjaya kita, family kita. Maka harus kita sentiasa waspada, agar tidak mencintai "ismail"2 ini melebihi cinta kepadaNya, RasulNya dan berjuang di jalanNya. Ingatlah peringatan keras dalam surah AtTaubah ayat 24;
"Katakanlah, jika bapa2, anak2, saudara2, pasangan2, keluarga2, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya, dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah datangkan keputusanNya" dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 fasik. 

Ada ketikanya, kita perlu tinggalkan kesayangan2 kita. Kerana untuk menggapai langit yang tinggi itu, kita perlu lepaskan ikatan-ikatan tanah pada kita. Dalam tarbiyah inilah kita dididik untuk menjadi insan yang 'tinggi' dengan mengorbankan sebahagian "ismail"2 kita. Dan untuk itu, banyak yang perlu kita latih untuk korbankan.


Contohnya infaq harta. ketika belum bekerja inilah harusnya kita didik diri kita supaya meng infaq kan harta sedaya yang mampu. Duit allowance kita yang $1200 tu bukan milik kita semuanya (ye, tahu, almost 70% of it milik agent/owner rumah jika anda penduduk Brisbane city). Ya dengan duit selebih itulah pula nak guna untuk blanja makan, bil phone, bil internet, etc. Nak infaq lagi? Meski kadang-kadang baki dalam akaun pernah tidak mencapai 3 angka? Ya, kena! Supaya bila nanti jika betul2 dapat income 4 angka, tidaklah terlalu terketar2 nak keluarkan harta. Supaya kamu merasai, perasaan saudara2 kita di sana (read: Palestine & sewaktu dgnnya) mungkin tidak punyai simpanan apa pun. Supaya juga melatih tawakkalmu kepadaNya. Ingat, kita masih hidup bukan kerana duit, di tangan kita tapi kerana nikmatNya.  Tapi, disclaimer di sini, bukanlah saya katakan kita harus miskin ye. no! Tapi... aaah, sendiri fahamlah tahap mana harus infaq.

Contoh lain, masa kita. Weekend kita bukan lagi untuk kita tidur tak bangun2, kononnya untuk meng qada tidur yang tidak cukup sepanjang minggu. It's time work! It's time to recharge... It's time to share... It's time to be رَجُلٌ يَسْعَ !! Masa kita berstatus student ni lah kita kena latih untuk cuba korbankan sedikit "ismail" kita yang satu lagi ni.

Banyak lagi contoh2 lain kawan~ Nanti rumah kita, aim untuk beli rumah besar taw, kereta pun besar taw. tapi bukan untuk brbangga-bangga yea... tapi untuk dikorbankan sebahagiannya... rasanya anda faham, kan...

Namun, "ismail" paling besar adalah DIRI KITA SENDIRI
"ismail2" yang dinyatakan di atas tadi semuanya dapat dilihat dengan mata kasar. Namun ada satu part of "ismail" ini, yang kita tak nampak, yang hakikatnya sangat-sangat susah untuk dikorbankan... itulah ia DIRI KITA SENDIRI... Ego kita, mindset kita, perception kita, perasaan kita...
Dan untuk mencapai cita-cita tinggi kita, part ni juga harus kita korbankan. Sebagai contoh,
kita terpaksa menundukkan ego kita, dengan title yang kita ada (contoh phd holder atau paling koman - senior) untuk menuruti mad'u kita, sebab saya yakin, ada daie yang sebenarnya (sifat semulajadinya) tidak selesa untuk berbaik2 dengan orang, berDF... Tapi kerana FAHAM, dia akan sanggup mengorbankan ego nya itu, walaupun pada peringkat awal terpaksa...

Kadang-kadang (most of the time actually), apa yang berlaku, tidak seperti yang kita harapkan. Kadang-kadang, kita datang ke suatu tempat dengan satu mindset & perception yang lain, namun, kita harus mengorbankan mindset kita tadi dan ganti dengan mindset yang sepatutnya. Yang lebih baik untuk masa dan ketika itu...


kadang-kadang kita terpaksa korbankan perasaan kita demi mad'u kita. Kita terpaksa bersedih, berlapang dada, merelakan segala (seketika cuma) demi kebahagian mad'u kita (atau boleh jadi akhowat kita juga)...

Kesimpulan... Mari hayati kisah ini...dan latih diri untuk korbankan "ismail" kita.

Sukar sebenarnya ingin saya huraikan di space yang limited ini. Aseef jiddan andai bahasa saya kurang mudah difahami (masih bertatih). Kesimpulan yang kita harapkan, semoga peristiwa di sebalik Aidil Adha ini kita hayati bersama, bukan hanya berhari raya, bergembira... yang lebih penting lagi, mari kita ambil ibrah dari kisah ini, dan kaitkan ia dengan KITA. Tanya diri sendiri, sejauh mana mampu kita korbankan "ismail" KITA? Dan kit a telah s latih/tarbiyah/didik/control "ismail" ni hingga 'mereka' sanggup dikorbankan jua... agar mereka faham... agar mudah kerja kita... that's why we have to start training from now...

Ingatlah, "Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." [Al-Hajj 22:37]

Begitu juga harta, masa, tenaga, mindset, ego, perassan yang kita korbankan... ia tidak sampai kepada Allah, TAPI yang sampai kepadaNYA adalah ketaqwaan kita. Maka berkorbanlah.berinfaq lah dengan taqwa di dada... 

Mari suburkan semangat berkorban...


Menulis untuk mengingatkan diri sendiri... kerana yang menulis terlebih dahulu membaca...

Aisyahsukimin
Hari Raya terakhir di perantauan
bumi Brissy...
10 Zulhijjah 1431H 


Disclaimer;
fiction dialogues sengaja diguna untuk memberi emosi.
Inspirasi dari artikel "Bangunkan Semangat Berkurban" oleh Wan Ahmad (2010).
 




1 comment:

Kak Ija said...

Hari Raya terakhir di Brissy utk kali nih, who knows you will come here again for PhD, graduation anak2...