Sunday, November 7, 2010

Kita disatukan kerana apa?


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Semalam, on the way back ke rumah dari rehlah dengan t.17, saya ambil bas 364 dari city yang akn terus ke rumah, kg. Herston (hehe). Ada satu kumpulan manusia yang naik bersama-sama saya dengan memakai baju biru muda yang sama dan dengan masing-masing mempunyai sekurang-kurangnya tema warna oren tidak kira samada pada rambut, baju, kasut atau apa-apa sahaja pada pakaian mereka… Mereka kemudian naik dan duduk sekumpulan di bahagian paling belakang tempat duduk bas dan practise cheer untuk pasukan mereka. Tahulah saya mereka ni penyokong Brisbane Lion. (Agaknye semalam ade game kot ek). Agak lama setelah bas bergerak, bas berhenti di stop berikutnya (area Chinatown rasenye). Naik lagi seorang wanita penyokong Brisbane Lion (juga barangkali). Dan sekumpulan wanita yang duduk di belakang tadi terus menegur dengan mesranya, “Hi mate, u goin for da game huh?” and they started their endless conversation about their favourite team.

So????

Saya merenung ke luar tingkap, kemudian tulisan karangan Syed Qutb dalam bab muqaddimah FiZilalilQuran bermain-main di fikiran;

Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?

Saya fikir-fikir, betapa manusia ni memang nature nya suka disatukan atas sebab2 (dan memang fitrahnya begitu). Ada yang bersatu kerana hobi seperti memancing,mengumpul stem, etc. Ada yang bersatu kerana profession seperti businessmen, doctors, engineers, teachers etc. Ada yang bersatu kerana minat anime, korea, gaming etc.

Cuma persoalannya untuk KITA, atas dasar apa kita bersatu?

“Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

(Al-Anfal:63)

Semoga Allah lah yang mempersatukan kita…

dan kerana Nya lah kita bersatu...

jazakunnallhu khayr for the flower <3>


No comments: