Peringatan buat diri yang terkadang meng'ilah'kan harta.nauzubillah..
ujian yang sedang dihadapi, benar-benar ingin memisahkan diri ni dari perasaan itu. (sedangkan dariNyalah segala rezeki)
dan Dia seolah-olah menegur.. dalam surat cintanya.. Surah al-Muddastsir ayat 6
"dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak"
Ditambah pula dengan ulasan Syed Qutb di dalam Fi Zhilal...
Ditambah pula dengan ulasan Syed Qutb di dalam Fi Zhilal...
"Dititahkan juga agar jangan mengungkit-ungkit, menghitung-hitung atau membesar-besarkan apa juga amal bakti yang telah dilakukan. Sudah pasti Junjungan akan banyak berjuang dan banyak berkorban. Tetapi biar betapa besar pengorbanan dan perjuanganniya namun semuanya itu tidak harus dibesarbesar dan dihitung-hitung; kerana dakwah ini tidak akan tegak dan jaya jika ianya dikendalikan oleh jiwa yang peka dan perasa dengan apa yang telah dikorbankan: menghitung-hitung sebanyak mana dan sebesar mana pengorbanan yang telah dicurahkan untuk dakwah.
Pengorbanan yang diperlukan oleh dakwah adalah terlalu besar, tetapi ianya akan terasa kecil dan ringan kiranya segala pengorbanan dan jerih payah yang telah berlalu itu dapat dilupakan, lebih tegas lagi segala yang berat akan terasa ringan kiranya wujud sikap tidak mahu merasakan besar dan beratnya pengorbanan itu kerana ia sudah tenggelam asyik dalam perasaan yang berpaut erat dengan Allah: ia merasakan bahawa segala sesuatu yang telah dibelanjakan itu semuanya adalah anugerah pemberian Allah: yang harus disyukuri dengan membelanjakannya untuk menegakkan dakwah, bukan untuk diungkit-ungkit, dihitung-hitung dan dibesar-besarkan.
Akhirnya dititahkan agar Junjungan besabar, bersabar demi Tuhannya. ini adalah pesanan yang sering diulang-ulang mengiringi setiap kali datangnya perintah meIaksanakan dakwah. Sabar adalah berbekalan terpenting dalam mengharungi medan perjuangan yang sengit ini: perjuangan menyeru kepada Allah, perjuangan menundukkan hawa nafsu dan musuh-musuh dakwah yang disokong dan didalangi oleh syaitan. Ianya adalah perjuangan sengit dan memanjang terus-menerus yang tidak ada perbekalan di dalamnya selain dari sabar; sanggup menempuh apa sahaja dalam mengharapkan restu perkenan dan keredaan dari Allah."
Hati terpukul, arrghh..kerdilnya diri, kecil saja pengorbanan ini sebenarnya..
(namun pada masa yang sama terubat...)


No comments:
Post a Comment