Bismillahirrahmanirrahim...
Sedikit perkongsian tentang cinta untuk anda semua, di minggu "Hari Kekasih a.k.a. Valentine's day"... semoga bermanfaat.
Alhamdulillah, kini diri sudah bergelar seorang isteri. Memegang title ini tidaklah menjadikan saya orang yang layak untuk berbicara berkenaan cinta. Namun, saya percaya, dengan sedikit pengalaman yang saya lalui ini, diharapkan boleh diambil barang sedikit kebaikan darinya.
Secara jujurnya, saya tidak pernah langsung terfikir akan berkahwin dengan Doktor Hati ini (suami saya) apatah lagi di usia muda masih belajar. Pulak tu, tiada langsung titik persamaan dari segi negeri asal ke, sekolah ke, Kolej Persediaan ke, sama course ke atau Universiti tempat belajar. Oh ye, KECUALI SATU...
Kami belajar di "university tanpa graduasi" yang sama.... The University of Tarbiyah...
Di jalan inilah kami dipertemukanNYA. Di sana..satu tempat yang jauh dari Malaysia... Bumi kangaroo... Bumi yang suatu ketika dahulu memberi kesedihan kepada saya (sebab saya apply nak ke UK, plus few other issues). Tapi di bumi itulah Allah nak mentarbiyah saya, menjadi orang yang lebih independent, lebih 'outgoing', lebih bergerak! Dan di bumi itulah rupanya saya bertemu cinta...dan of cos, CINTA NYA... Bak kata orang, kalau dah jodoh, tak ke mana (moga jodoh kami berkekalan hingga ke Syurga, amiin)...
Berbalik kepada Doktor Hati...Tentunya, saya tidak pernah langsung mengenali beliau sebelum dirisik. Ramai yang bertanya, "Camne nak make sure dia betul2 orang yang baik, dan sesuai dengan kita?". Masya Allah, soalan ini benar sekali dan tiada jawapan hitam putih yang boleh diberi. Tapi, satu saja yang saya pegang ketika itu, janjinya, iaitu firman Nya;
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Sejak saya mula disentuh dengan sinar tarbiyah, hati ini benar-benar dapat merasakan masyarakat manusia di atas seluruh muka bumi ini sedang 'sakit'. Usah dilihat sistem sosial di Barat (yang dah memang lintang pukang dan hancur itu), sistem sosial di negara islam sendiri kucar-kacir. Sistem keluarga yang menjadi asas dalam masyarakat itu sedang sakit. Iya, Alhamdulillah, jika anda merasakan anda dilahirkan dalam keluarga yang baik dan bahagia... Tapi saya yakin, jika kita teliti kadar perceraian, kes buang anak, kes anak luar nikah, kes ZINA...semuanya makin hari, makin cemerlang kadar peningkatannya. KENAPA? Bukankah kita ini orang islam? Jawapannya mudah, kerana Islam kita itu, hanya pada nama, pada i.c. bukan pada penghayatannya, bukan pada amal... Hati saya sedih tatkala dibentangkan dengan keadaan dunia kini. Ketika itu, hati saya menjerit, "Aku mahu mengubah DUNIA! Aku mahu selruh dunia ini merasai rahmatnya sistem islam yang di 'designed' oleh pencipta kita ini...kerana DIA CINTA kepada KITA!!"
Saya jatuh hati dengan konsep maratib amal yang dicadangkan oleh Imam Syahid Hassan Al Banna (seperti gambar di atas). Untuk mengubah dunia, saya perlu ubah diri saya sendiri. Kemudian, saya perlu ubah keluarga saya (yang melahirkan saya)... dan perlu design acuan islam untuk keluarga kecil saya sendiri - consisting suami & anak2 dan seterusnya. Di situ saya diperkenalkan dengan konsep Baitul Muslim (BM). Di mana disatukan individu2 ini menjadi keluarga seterusnya menyumbang dalam pembentukan masyaakat solehah itu.
Tertamparnya dengan janji Allah dalam firmanNya di atas, saya rasa ada yang tidak kena pada saya. Kerana saya rasa kalau nak keluarga acuan islam itu, ahlinya mestilah dibentuk dengan acuan islam juga. Perlulah ter'sibghah' islam nya (bukan celup2). Saya yakin, untuk dapat suami soleh, saya perlu berusaha menjadi solehah dahulu. Dan yang saya faham ketika itu, Wanita solehah tak bercouple... dengan sepenuh yakin akan janji Nya, maka saya putuskan hubungan saya dengan 'couple' saya. Saya yakin kalau saya berusaha untuk menjadi wanita yang baik, Allah akan kurniakan saya pasangan yang baik juga. Bermula itu, saya mula berdoa, dengan sungguh2 agar dikurniakan suami yang soleh, yang juga faham apa yang saya faham ini. yang akan menyokong saya melaksanakan konsep ini di dalam masyarakat (seperti contoh makcik & pakcik telah tunjukkan) dan tentunya orang yang serasi, yang boleh menerima baik dan buruk saya.
Berbekalkan rasa keteguhan hati selepas istikharah dan yakin dengan pasti janji Nya tadi, saya menyatakan persetujuan untuk meneruskan proses taaruf (perkenalan) disamping terus berdoa dan berdoa agar diberikan yang terbaik...
Dan Alhamdulillah, saya percaya Dia mendengar doa hamba-hambaNYA. Di waktu yang tidak disangka (cos i planned to get married after getting a job) dan dengan orang yang tidak diduga... akhirnya terpatrilah 'mithqan ghaliza" (perjanjian yang utuh) di antara kami pada 19 Muharram yang lalu... Semoga nikmat ini tidak menjadikan kami orang yang futur apatah kufur (nauzubillah), sebaliknya menjadi suatu sinergi yang mantap dalam misi mewarnakan dunia ini dengan colours of islam... menancapkan sistem kehidupan dari Tuhan yang telah lama dicabut oleh tangan-tangan penjajah dan taghut yang dikepalai Iblis yang misinya menyesatkan kita semua.
Alhamdulillah, usia pernikahan ini hampir dua bulan (sangat2 baru lagi). banyak yang perlu kami perbaiki, kerana kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat. Diri kita sendiri yang terlebih dahulu perlu kuat!
Meskipun sangat baru, suka untuk saya kongsikan kepada semua, beza nya perasaan cinta itu. Cukup dengan satu contoh saya kira. Memanggil pasangan kita dengan panggilan yang baik @ yang special, satu cas positif akan sentiasa berlegar dan satu hormon gembira akan sentiasa dirembeskan yang memberi kita rasa kebahagiaan itu. Kerana Allah menurunkan "Mawaddah" dan "Sakinah" kepada kedua suami isteri, bukan kepada couple, abang-adik angkat, 'kawan2 aje', whatever name yang diguna, tapi konsepnya tetap sama, ia bukan hubungan yang halal! Maka itu, mari cek, kalau2 kita dah terpanggil abang angkat kita tu "sayang" (dan oanggilan yang sewaktu dengannya)...beware! kerana kalaupun kalian akan berkahwin dengannya, tatkala panggilan "sayang" itu ke udara, anda tidak akan merasi manisnya. Itu baru panggilan... kalau sudah bersentuhan sebelum kahwin? Sungguh kasihan... Maka itu, SIMPAN lah... sehingga waktunya yang halal tiba...
Peliharalah cinta kamu... Kerana Allah itu sentiasa CINTA kepada mu...




2 comments:
alhamdulillah.. moga jdoh kak aisyah n akh megat akan kekal slamanya.. n dkurniakan anak2 yg cmel, soleh n solehah cam akak n akh.. hope dpt jmpa akak lagi..
masha Allah... akak dah kawennn..
not sure if u still remember me. but pernah jumpe few times masa prog.. :)
barakkahufeekum! (tak ingat doa penuh.. wuwu..aseef)
Post a Comment