alhamdulillah... kini berakhir cerita saya di sini...
Banyak yang dpelajari di sini... lebih daripada bahan akademik... ia mengajar erti kehidupan, erti berdikari, erti persaudaraan...erti membina jati diri...
Sebenarnya saya ingin benar2 sampaikan isi hati ini di sini. Sudah ditaip cantik pun, bahkan sudah ditekan button "publish post" pun... tapi kemudian saya merasakannya terlalu personal. Jadi, saya batalkan niat itu. Biarlah ia tersimpan sebagai draft sahaja. Tapi saya puas, kerana telah meluahnya, meskipun mungkin tiada sesiapa pun yang sempat membaca.
Berkait rapat dengan hal itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa kesyukuran saya. Dengan rendah hati, saya ingin mengucapkan jazakumullahu khayran kateera atas ucapan doa anda semua. Semoga dengan doa ikhlas anda, rumah tangga yang bakal dibina ini dilimpahi Rahmat, Mawaddah dan Sakinah dari Ilahi.
Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan andai ada insan-insan yang terguris hati dengan berita ini. Tiadalah bermaksud dengan sengaja untuk melakukan itu semua.
Akhirul qalam, mohon doa dan sokongan daripada anda semua agar kami tidak tersadung dalam melangkah ke anak tangga baru ini. Agar tidak terjatuh ke dalam lubang merah itu...nauzubillah~
Ibadah Haji dan ibadah Qurban...
Dua ibadah besar di sebalik sambutan Hari Raya yang kita celebrate setiap tahun ni.
Sememangnya bertepatan dengan "Hari Raya Qurban" ini, kedua-dua ibadah ini memerlukan pengorbanan yang amat tinggi. Dan perkataan Qurban itu sendiri berkait dengan kata Quraba-qaribun yang bermaksud dekat. Maka, orang yang berjaya atau cuba menghayati erti pengorbanan ini, nescaya, tergolonglah ia dalam golongan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Qurban Ibrahim - Ismail
Nabi Ibarahim boleh dikatakan icon cemerlang antara insan-insan yang dekat dengan Allah SWT. Hidupnya diuji sejak dari kecil, cubaan dibakar oleh Raja negerinya, beriman tatkala hampir seluruh penduduk dunia kufur, terpaksa meninggalkan isteri dan anak tercinta, Hajar dan Ismail di tengah-tengah padang pasir yang kering-kontang, dan kini disuruh pula menyembelih anak kesayangannya, yang jarang bersua.
“Seorang lelaki dari hujung negeri datang dengan berlari-lari (bersegera) katanya: “Hai kaumku, ikutlah rasul-rasul itu.”
(Yasin 36:20)
Betapa saya tidak mencontohi pemuda ini, sedangkan peluang itu amat besar!Saya muhasabah kembali... jawapannya tidak lain kerana saya jauh dariNya menjadikan jiwa ini jiwa yang lemah, kesannya menjadikan iradah yang dhaif.
jangan contohi saya...walaupun saya tahu ada magnifier pada saya!please.
I wanna be a teacher. i wanna be A Murabbiah
"It does not befit a man that Allah should grant him His Book and sound judgement and prophet-hood, and thereafter he should say to men: 'Become servants to me apart from Allah.' He would rather say: 'Become dedicated men of Allah, in accord with the dictates of the Book you have been teaching and studying." (3:79)