Sunday, December 13, 2009

Khusus buat Kak Teh

Bismillahirrahmanirrahim…
Entry ini khusus buat kak Teh.

Gembira rasa tatkala mendengar khabar pernikahannya, tetapi sedikit sedih kerna tidak dapat bersama menghadiri majlis walimahnya. Namun berita gempar itu lebih menyedihkan diri ini. Tiada kata yang termampu diucapkan melain doa yang tidak putus-putus agar Kak Teh diberi kekuatan oleh Yang Maha Kuasa.

Saya tidak terlalu mengenali Kak Teh. Namun Kak Teh antara orang yang menyambut saya setibanya saya di Auckland pertengahan tahun yang lalu. Kali pertama berjumpa, saya menjangka Kak Teh seorang yang tegas dan tidak ramah. Benarlah bahawa tidak kenal maka tak cinta. Kak Teh sebenarnya lembut dalam tegasnya. Riang ria dalam ramahnya. Suka membuli dengan kasih sayang terhadap roomatenya. Dan banyak lagi sifat-sifat unik Kak Teh yang tidak dapat saya nyatakan dalam bentuk perkataan di sini.

Terus terang banyak yang saya belajar daripada Kak Teh dalam tempoh yang singkat ketika safar ke bumi Kiwi itu. Saya bukan hanya belajar buat sushi, bahkan lebih daripada itu. Insan yang selalu menggerakkan saya untuk Qiam dan Subuh itu sangat dekat dengan Tuhannya, sangat mengambil berat akan adik2 binaannya, serius dalam studi nya namun tidak pernah mengabaikan tarbiyah diri meski dalam kalut exam.

Saya yakin Kak Teh diuji sebegitu kerna ”Allah tidak membebankan hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuannya” (2:286) dan supaya Dia memberi sebanyak-banyak ganjaran buatmu kerana ”Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungnya (39:10).

Moga mutiara kata yang keluar dari mulut Kekasih Allah ini bisa mengubati dan meneguhkan hati mu kak.

”Tiada balasan bagi seseorang hambaKu yang mukmin disisiKu, di waktu Aku mengambil – mematikan – kekasihnya dari ahli dunia, kemudian ia mengharapkan redha Allah, melainkan orang itu akan mendapat Syurga” (Riwayat Bukhari)

”Barangsiapa yang dikehendaki Allah olehnya kebaikan, maka Allah akan memberikan musibah padanya – baik mengenai tubuhnya, hartanya ataupun apa-apa yang menjadi kekasihnnya” (Riwayat Bukhari)

”Tiada suatupun yang mengenai seseorang Muslim –sebagai musibah- baik dari kelelahan, tidak pula sesuatu yang mengenainya yang berupa kesakitan, juga kesedihan yang akan datang ataupun lampau, tidak pula yang berupa hal yang menyakiti (segala sesuatu yang tidak memcocoki kehendak hatinya, ataupun kesedihan) segala macam waktunya, sampailah sebuah duri yang masuk dalam anggota tubuhnya, melainkan Allah menutupi kesalahannya dengan sebab apa-apa yang mengenainya itu” (Muttafaq’alaih)

Tiada lain yang dapat saya lakukan dari sini melainkan doa moga akak terus terusan kuat dan tabah setabah isterinya Hanzalah...

Thursday, November 19, 2009

Redho Ilahi...ape tu?

Bagaimana ya untuk hidup dalam redho Ilahi? Bukan ingin menjawab soalan ini, sebab saya bukanlah orang yang faqih dalam bidang agama. Namun mungkin entry ni sekadar perkongsian kefahaman (yang masih cetek) daripada saya seorang hamba Nya yang hina.
Sekai lagi kita refer pada matlamat penciptaan manusia dan jin di atas muka bumi ini.
"Dan Aku tidak menciptakan Jinn dan Manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh."
(Az-Zariyat, 51: ayat 56-59).

Kenape ayat 'ibadah' ini diselarikan dengan 'rezeki'? "Bukankah mencari rezeki itu juga ibadah?" kata sang manusia yang sangat rajin bekerja. Hmm..betullah, saya tidak sangkal. Tetapi cuba kita tengok secara praktisnya, ramai manusia yang keluar bekerja tu sebab semata-mata nak dapat rezeki + kesenangan kan? Nak bukti?
Ramai orang (terumatanya yang hidup di kota2 besar) akan bangkit awal pagi, mengalahkan burung-burung bangkit pagi. Tapi reason bangkit awal pagi tu bukan sebab nak qiamullail sebelum Subuh dan bersolat Subuh di masjid, namun tidak lain sebab nak keluar ke tempat kerja awal supaya tidak terkandas dalam 'traffic jam'. Dan terbukti lagi, bila weekends tak bangun awal pagi pun, sebaliknya selagi boleh tidur, tidur lah sampai tengahari. Subuh pun burn... Kita tanya, ibadah ke tu? Kerja hanyalah ibadah am, dan kefarduan itu adalah ibadah yang khusus. Ibadah am tidak akan menjadi ibadah jika ibadah khusus (atau syariat di langgar).
Mungkin same dengan jadual hidup seorang pelajar degree kot. Masa-masa lain lepak2 la... tengok tv, tengok movie/drama, main X-box etc. Bile nak dekat submission date assignments/reports/projects/exam etc baru nak struggle. Sebab? Sebab nak dapat High distinction, iaitu rezeki juge!

Kemudian tergolonglah kite dalam 'kitaran kurang pandai'. Kerja susah payah untuk dapat duit gaji - duit gaji bayar hutang kereta - kereta untuk pergi kerja - Gi kerja untuk dapat gaji... and the cycle goes on..

So ape point saya? Pointnye, tanya semula diri kita "apa benar semua yang kita lakukan ini ibadah? Atau semata-mata demi memenuhkan perut dan menyenang-lenangkan diri sahaja?"

Hingga apa yang ditulis dalam kitab suci kite, Al Quran Al Kareem, 'tidak sempat' kita fahami dengan alasan bizi la blaja, bizi lah kerja! Macam tu ke kite nak dapat redho Allah? Check smula niat dan cara kita.

Kite letakkan agama hanya di Masjid2, ceramah2 agama, ketika urusan perkahwinan, urusan kelahiran dan kematian. Malu lah kita dengan orang-orang Yahudi dan Zionist yang punyai plan grand ingin menakluki dunia, dan mereka sangat2 berpegang pada 'kitab' mereka.huhu...

Mungkin ade yang tidak tergolong dalam golongan yang saya nyatakan di atas tadi. Alhamdulillah, bab-bab agama ni kire perfect lah. Maka....
akan bersambung... (entah kan bila)
rujukan gambar: www.fathersez.com

*maaf atas salah silap penggunaan bahasa, tiada lain hanya untuk mengekspresi feeling dan pendapat. Saya juga masih belajar untuk mendidik diri tentang konsep rezeki dan ibadah ini. Saya menaip bukan untuk mengatakan saya perfect, tapi moga2 bila saya dah sampaikan, sayalah insan pertama yang punyai desakan untuk melaksanakan apa yang saya katakan. Kerana saya takut 61:2-4.


**Saya faham "bahawa perubahan perlukan kekuatan,, dan kekuatan itu yg sukar dicari..."

Kerana yang sukar itulah yang punyai nilai. Ibarat mencari mutiara di dalam laut dalam, ibarat menunggu terhasilnya permata. Kerana yang sukar itulah Allah ganjari pahala.

"Kerana Syurga itu manis..."


Sunday, November 15, 2009

.:Bangun dari lena yang panjang:.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menghabiskan siri "the Arrivals" (atau boleh klik pd link "Check this out" pada blog ini.) Siri ini diterbitkan pada tahun 2008 dan hanya baru kini hati saya terdetik untuk menontonnya. (huhuu...Rase ketinggalan sungguh). Bagi saya siri ini bukanlah memberi maklumat kerana jika kita mahukan maklumat itu, ia perlu dicari dan dikaji. Tapi cukuplah jika saya nyatakan bahawa siri ini telah membuka mata, dan memberi persepsi yang lebih cerah dalam hidup saya terhadap seluruh peristiwa yang berlaku di atas dunia ini.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya "the Arrivals" nih? Mudahnya saya boleh simpulkan di sini ialah "dunia kini kian tiba ke penghujungnya dan manusia kini sudah ramai yang lari daripada Tuhan, ya, misi sang Iblis, Syaitan dan konco-konconya sedang berjaya."

Apakah misi mereka?

...Iblis menjawab "Kerana Engkau telah menghukumku sesat, aku akan benar2 (menghalangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan datangi mereka dari muka dan belakang mereka, kanan dan kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)"
(Al'Araf, 7:16-17)

dalam surah lain pula berkisar tentang kisah y sama

...Iblis menjawab, "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis"
(Saad, 38:82-83)


dan Allah berfirman di dalam surah Yassin yang mungkin kita baca saban minggu

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu, hai Bani Adam, supaya kamu tidak menyembah Syaitan? Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka mengapakah kamu tidak memikirkan?"
(Yassin, 36: 60-62)

Dan banyak lagi ayat-ayat peringatan daripada Allah supaya berhati-hati daripada jerat musuh utama kita ini. Cukuplah ayat-ayat ini sebagai pedoman, kerana saya belum lagi menjadi penghafaz al-Quran untuk saya lampirkan satu per satu ayat-ayatNya tentang musuh kita ini. Namun persoalannya Cukupkah sekadar yakin mereka adalah musuh kita?


Lantas, siapakah yang akan menewaskan mereka? Siapakah yang mahu menegakkan kalimah al-Haq yang sudah sekian lama dikaburi oleh kalimah al-Batil? Saya!Saya!Saya!Kita semua! (insya Allah). Kerana kita yakin akan janjiNya...


"Sesungguhnya terhadap hamba-hambaKu, kamu (syaitan) tidak dapat berkuasa atas mereka. dan cukuplah Tuhan-mu sebaik-baik penjaga."
(Bani Israel, 17:65)


Sebagai penutup, saya ingin memetik beberapa kata-kata daripada siri ini...


"This is not for entertainment. It was given for you to spread and for you to prepare youself for what is to come"


"I can only show you the door (to freedom), you're the one that has to go through it"


And Finally,


"Enough of sleeping!"

misiku bukan hanya untuk membebaskan tanah Palestin, namun yang paling besar ialah membebaskan jiwa-jiwa yang "dijajah"!!!!



MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Wednesday, November 11, 2009

<...Selamat Kembali ke tanah air...>

Assalamualaikum wbt.

Entry ini adalah khas untuk mengucapkan
SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR
buat sahabat-sahabat yang akan, sedang mahupun sudah pulang ke Malaysia untuk Summer 09. Gunakan masa bersama keluarga dengan sebaiknye ye. Semoga selamat sampai ke rumah. Dan jangan lupe pulang kembali ke sini taw.


Tidak ketinggalan juga Special buat sempai2 yang akan balik FOR GOOD penghujung tahun ni. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kasih sayang kalian. We will treasure the moments that we shared together here. And surely, we'll be missing all of you. Semoga terus sukses ya.perjalanan kita masih panjang...
Sampaikan salam buat orang Malaysia ye...

Tuesday, November 10, 2009

Macam ni je ke hidup nih?

Assalamualaikum wbt.

Sengaja ingin berkongsi cetusan rasa yang mungkin juga dirasai oleh ramai daripada kita, terutamanya insan-insan terpilih yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi dan juga yang sudah mempunyai kerjaya yang hebat2.
****
Let's ponder
"kdg2... dok ptg2 tepikir,, " ape aku nk sebenarnye dlm idop nh???""
blaja tinggi2.. ade degree,, then, ade keje,, kete besa2,, umah,, pasangan hidup yang dicintai,, anak2,, hidup stable,, then,, klo umor panjang idop smpai tua.. then, pasti dan pasti akan mati...
then tepikir.. " mcm nh je ke idop nh???"
ape yg mnusia macam kita ni nak sebenarnye daripada kehidupan...???"

Lantas terus saya teringat tentang suatu "kitaran bodoh" (kasar kah bahasa saya?, maaf). tapi itulah yang mungkin berlaku bila manusia itu tidak jelas dan faham akan matlamat hidupnya. Ade satu cerita yang best untuk menerangkan "kitaran kurang pandai" ini. Walaupun mungkin ramai je orang dah tau cerita ni, tp tak kire, sy nak cerita jugak! Cerita ini saya ambil dan olah daripada orang yang pandai buat cerita (hehee). So, sit back, rilex and enjoy (n reflect) ^_^

Once upon a time... Disebuah kampung nelayan di selatan tanah air terdapat dua orang sahabat yang bekerja sebagai nelayan. Seorang bernana Pak Mat dan seorang bernama Pak Tam. Kedua-dua mereka mempunyai seorang isteri dan 1 orang anak. Isteri Pak Mat namenye Mak Mat dan name anak mereka pule ialah Mat. Pak Tam pula beristerikan Mak Tam dan cube teka name anaknye?? (jengjengjeng...) iye, name anak mereka ialah Tam =p.

Hidup Pak Mat sangat sempoi. beliau akan ke laut selepas subuh. Tidak kira apa sahaja hasil tangkapan yang beliau dapat pada hari itu, beliau akan pulang sebelum zuhur. Kalau banyak, akan dijual olehnya sedikit kepada Pak Teh untuk membeli barang keperluan dapur. Kalau sikit, itulah rezeki yang akan dimakan oleh keluarganya nanti. Selepas Zuhur dan lunch, Pak Mat akan berehat hingga Asar dan kemudian membaiki pukatnya di pangkin depan rumah ditemani Mak Mat sambil2 minum kopi.
Pak Mat, senyum siket...

Berbeza daripada Pak Mat, Pak Tam akan turun ke laut sebelum subuh dan tidak akan pulang hingga beliau dapat memenuhkan peti bekas ikan yang dibawanya. Pak Tam selalu pulang lebih lewat daripada Pak Mat iaitu di kala senja dan kadang-kadang tiba di rumah pabila hari sudah gelap (sebab traffic jam..hehe).

Hinggalah suatu hujung minggu, kedua-dua mereka tidak turun ke laut (public holiday kn...)
Maka Pak Mat dan Pak Tam duduk bersama-sama minum pagi di pangkin dekat dengan laut. Panjang cerita mereka tentang umpan dan joran, tentang jenis-jenis ikan, tentang ombak dan arah angin. hinggalah Pak Tam mengutarakan satu idea yang beliau rasakan bernas.

Pak Tam: Pak Mat, aku tengok kau ni selalu sangat pulang awal dari laut. Kau tak teringin ke nak extend masa ke laut?

Pak Mat: Nak buat ape extend masa ke laut?

Pak Tam:
La... Kalau gi laut lame siket, kau boleh tangkap ikan banyak2.

Pak Mat: Nak buat ape tangkap ikan banyak2?


Pak Tam: Kau nih..slow la.Lebihan ikan tu bolehla kau jual lebih sket kepada Pak Teh.

Pak Mat: Lepas tu?

Pak Tam: Ishh ko ni, untung jualan ikan tu boleh kau kumpul. Bila dah banyak boleh beli bot lebih besar.

Pak Mat:
Nak buat ape beli bot lebih besar?

Pak Tam: Kalau ade bot besar, kau boleh pegi ke laut yang lebih dalam.

Pak Mat: Nak buat ape pegi ke laut yang lebih dalam?


Pak Tam: Supaya, lagi banyak ikan kau dapat nanti dan lagi banyak untung kau.

Pak Mat:
Lepas tu?

Pak Tam: Bila untung dah banyak, kau boleh beli bot lagi banyak.

Pak Mat:
Nak buat ape beli bot banyak2?


Pak Tam: Supaya nanti bolehla kau upah orang kerja bawah kau.

Pak Mat: Lepas tu?

Pak Tam: Nanti, kau tak payah la susah2 ke laut lagi. Ade orang yang kerja untuk kau. Bolehlah kau duduk bersenang-senang.

Pak Mat:
Pak Tam, itulah yang aku buat buat sekarang. Buat apa aku susah-susah korbankan kesenangan aku hanya untuk dapat kesenangan..??

Pak Tam: ...

Pak Tam terpaku memikirkan kebenaran kata2 sahabatnya...

Komen saya
Pak Tam perlu dicontohi dari segi motivasi dan cita-citanya yang tinggi. Namun, personally saya tidak menyokong mana-mana 'Pak'. Cume saya rasakan Pak Mat telah pun mencapai 'matlamat' kalau tujuan ke laut adalah seperti yang dikatakan Pak Tam yang inginkan hidup senang.

Kite pula bagaimana?
Matlamat kita di dunia ini untuk menjadi senang kah? Kita semua bijak pandai belaka kan? Renung-renunglah sendiri.

"I created the jinn and humans for nothing else but that they may serve Me.
I desire from them no provision, nor do I want them to feed Me.
Surely Allah is the Bestower of all provision, the Lord of all power, the Strong."
(Az-Zariyat, 51: Verse 56-58)