Wednesday, November 10, 2010

Sendayu Tinggi, Daie dan testimonial

Sendayu Tinggi 

Pernah dengar nama Sendayu Tinggi tak? Saya bukanlah pengguna product ini, namun yang paling saya kagumi dengan pengasas product ini. Jom tengok gambar ni;

'Evolution kak Rozita"
How's that? Amazing right? (Sekarang kak Rozita dah pakai purdah dah, maknenye mungkin dia bertambah2 comey agaknye, dok?). Tapi cuba bayangkan kalau kak Rozita ni tidak mengalami evolusi ini, dia masih bersaiz seperti gambar yang paling kiri tu, agak-agak product Sendayu Tinggi ni laku tak?

Begitu jugalah kita ni dengan adDin yang kita bawa ini...

Sahabat... maaf...


Sahabat,
maafkan saya,
saya tidak menjadi contoh yang baik

Tapi betapa saya terharu 
bila saya tahu saya ada tempat pada pandangan mata kamu

Maafkan saya 
atas tingkah laku saya kebelakangan ini
mungkin kerana semuanya terjadi pada masa yang sama
yang terkadang menyesakkan jiwa
hingga kesannya terpancar pada kata-kata
dan perbuatan

mungkin juga kerana saya jauh dariNya
yang menyebabkan saya hilang kawalan tingkah dan kata

Maafkan saya
bukan saya tidak mahu jawab persoalan-persoalan kamu
kerna hakikatnya saya juga tidak punyai jawapan
Jangan terasa ya sahabat
sekarang, boleh dah tanye...
akan jawab sedaya yang boleh

Terima kasih atas doa kamu
terima kasih atas persahabatan ini
moga allah redha 

"I'm glad
that you acknowledge my imperfections
Cos i'm still learning
and i'm still way far from the destiny"

Southern Gathering 2011 (Predeparture) v.1


Dear my brothers and sisters fillah,

Are you flying to Australia or New Zealand next year?

i wud love to share my experience here.

Hey, what about we meet at...
 
Southern Gathering

A pre-departure programme for your younger brothers, sisters, cousins, neighbours

or anyone YOU know

invite them!

coz you LOVE them =D
Meet your super cool seniors from OZ & NZ
Meet NEW friends

It's FREE OF CHARGE

register NOW!
at:



Sunday, November 7, 2010

Kita disatukan kerana apa?


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Semalam, on the way back ke rumah dari rehlah dengan t.17, saya ambil bas 364 dari city yang akn terus ke rumah, kg. Herston (hehe). Ada satu kumpulan manusia yang naik bersama-sama saya dengan memakai baju biru muda yang sama dan dengan masing-masing mempunyai sekurang-kurangnya tema warna oren tidak kira samada pada rambut, baju, kasut atau apa-apa sahaja pada pakaian mereka… Mereka kemudian naik dan duduk sekumpulan di bahagian paling belakang tempat duduk bas dan practise cheer untuk pasukan mereka. Tahulah saya mereka ni penyokong Brisbane Lion. (Agaknye semalam ade game kot ek). Agak lama setelah bas bergerak, bas berhenti di stop berikutnya (area Chinatown rasenye). Naik lagi seorang wanita penyokong Brisbane Lion (juga barangkali). Dan sekumpulan wanita yang duduk di belakang tadi terus menegur dengan mesranya, “Hi mate, u goin for da game huh?” and they started their endless conversation about their favourite team.

So????

Saya merenung ke luar tingkap, kemudian tulisan karangan Syed Qutb dalam bab muqaddimah FiZilalilQuran bermain-main di fikiran;

Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?

Saya fikir-fikir, betapa manusia ni memang nature nya suka disatukan atas sebab2 (dan memang fitrahnya begitu). Ada yang bersatu kerana hobi seperti memancing,mengumpul stem, etc. Ada yang bersatu kerana profession seperti businessmen, doctors, engineers, teachers etc. Ada yang bersatu kerana minat anime, korea, gaming etc.

Cuma persoalannya untuk KITA, atas dasar apa kita bersatu?

“Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

(Al-Anfal:63)

Semoga Allah lah yang mempersatukan kita…

dan kerana Nya lah kita bersatu...

jazakunnallhu khayr for the flower <3>


Friday, November 5, 2010

Hari yang dinanti...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, selesai sudah menjawab kertas terakhir untuk final sem di bumi Kangaroo ini. Kurang daripada sebulan sahaja lagi sisa-sisa baki masa yang tinggal untuk menghirup udara pinggir Brisbane city ini, sebelum pulang untuk menghadapi medan sebenar. Banyak sangat yang dipelajari di sini... ada kata-kata salah seorang teman, "di sini, kita belajar akademik tu 10% sahaja, the rest, kita belajar erti kehidupan"... dan saya sokong kata-kata itu. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Ya, di sinilah tempat saya bertatih, jatuh bangun terkadang sendiri. Dan saya percaya bukan saya seorang sahaja begitu.

Apapun, dalam saki baki masa yang tinggal ini, banyak sangat plan, hak2 yang tak tertunai. Mohon diberi keberkatan waktu. Harus perkemas tarbiyah diri, kerana pulang nanti banyak tanggungjawab yang lebih berat harus dipikul. Perlu perkemas tarbiyah mutarabbi juga, agar mereka boleh terus berdikari sepemergian ku nanti.

Allahumma ballighna...