the analogi; kita mahu cawan yang penuh air susu yang putih bersih. sedang yang ada pada kita kini adalah secawan kopi pekat hitam penuh. teruslah menuang air susu itu untuk mensesarkan kopi hitam pekat itu. tapi awas... andai rasa cawan kita sudah penuh susu putih bersih, jangan disimpan sahaja, kerana nanti ia akan rosak busuk. maka hendaklah kita sentiasa mengisi cawan kita dengan air susu yang baru. dan alirkanlah pula kepada cawan2 lain agar ia tetap mengalir...tidak busuk...
Alhamdulillah, kita masih lagi diberiNya rezeki mnghirup udara segar pagi ini, di bulan Ramadhan yang barakah ini. Sedar tak sedar, tetamu istimewa ini sudah hampir tiba masanya untuk pergi meninggalkan kita. Sungguh, pantas rasanya masa berlalu. Serasa baru kelmarin kami sibuk2 bertanyaa, “puasa esok ke lusa? Dah Nampak anak bulan ke” etc.. tapi rupanya tetamu yang sekian lama dinanti kehadirannya ini sudah berada di fasa akhir lawatannya kepada kita.
Di bulan ini, saya melihat ramai manusia yang mendapat kebaikan. Di satu sudut sana saya melihat Allah sedang memanggil mesra insan2 yang pernah hanyut dalam lumpur jahiliyah, dengan mengetuk2 hatinya untuk berubah. Di sudut lain pula saya melihat ada insan2 yang Allah memberinya rezeki yang lebih, yang dengan rezekinya itu dia meraikan orang yang berpuasa sewaktu berbuka. Di pandangan lain pula, ada insan2 yang sedang bermujahadah menigkatkan diri dengan amalan2 sunat yang jarang2 mereka lakukan sebelum ini. Moga2 semangat ramdhan ini terus kita bakar dalam 11 bulan seterusnya dengan terus kita amalkan amalan2 sunat itu. Tidak kurang juga saya melihat ada insan2 yang Allah ilhamkan kepadanya untuk mencari ‘untuk apa hidup ini?’ ‘siapa Allah itu?’ Dan banyak lagi insan2 yang saya renungi sedang mendapat hadiah2 mereka di bulan ini… Subhanallah, bestnya… renungan-renungan ini membuatkan saya terfikir, apa ya hadiah buat saya? Huuuuu…
Saya memuhasabah diri sendiri, mengapa terasa sebentar sangat bulan ini? Adakah kerana saya terlalu sibuk dengan assignments? Atau saya telah saya guna sepenuhnya waktu untuk ‘meraikan tetamu ini’ dengan amalan2 fardhu dan sunat? Saya berharap sangat agar saya dan kita semua tergolong dalam golongan yang kedua, meskipun hanya kita sendiri yang tahu, apa yang kita lalui. Banyak kali sangat sebenarnya saya mengeluh, ‘kenapalah time2 ramadhan ni la assignments bertimbun?’ ‘tidur lambat, nak qiam pun tak sempat’, ‘nak baca quran pun kurang sbb banyak kerja yang perlu diselesaikan’. Dan banyak kali juge hati ini rasa cemburu kepada adik2 di Bond Uni sana (terutamanya, hehe) yang sedang cuti sem, (juge) adik2 yang sedang menanti untuk terbang ke France, (tak lupa) mereka di hemisfera utara yang sedang menikmati cuti Summer, (dan family) cikgu yang bakal bercuti sekolah tak lama lagi yang boleh meluangkan sepenuh masa dan tenaga meraikan tetamu istimewa ini di kala cuti terutama 10 hari terakhir ini. Waah, bahagianya…
Tapi kemudian saya diingatkan olehNya dalam baris akhir surat cintaNya;
“Dan orang2 yang berjihad [bermujahadah = berusaha bersungguh-sungguh] mencari keredhaan Kami, benar-benar Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik” [Al Ankabut:69].
Maka itu, pastilah ada hikmahnya mengapa Dia menetapkan kita berpuasa dalam keadaan sesibuk ini. Dan pastinya lebih ramai orang2 lain yang berganda2 kesibukannya berbanding saya di luar sana, di kutub sana. Pokoknya ialah mujahadah kita!
“Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk terus bermujahadah mencari redha Mu. Berikan kami kesihatan badan dan jiwa untuk menggunakan saki-baki masa bersama Ramadhan yang mulia ini untuk meningkatkan amalan kami dan iman kami…”
Mari… terus sibukkan diri dengan amal2 yang Dia cintai… mari… mari…
Khusus buat sahabat saya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 22 hari ini. Sekalung doa buatmu ukhti, semoga tahun ini memberi lebih makna kepada kamu. moga dengan melangkahnya kamu ke tangga baru, melajukan lagi urusan dakwah dan tarbiyahmu. Saya masih ingat lagi doa mu... "Syah, aku nok laki hok jughuh (jurus=baik)" hanya meng'amin'kan dalam hati... moga doamu benar2 termakbul... kekal hingga ke syurga...insya Allah.. Saya sangat sayang kamu... dan entry yang saya 'copy paste' daripada kak Muharikah ini menyatakan sedikit sebanyak isi hati ini... [walaupun mungkin kamu tidak membacanya saat ini]
Satu ketika dahulu, adikku pernah bertanya kami sewaktu kepulangan kami ke kota scotland sepulang dari program di Birmingham.
‘ Kak, bila lagi kita nak jalan sama-sama lagi?’
Hatinya mungkin sayu.
Dan aku menatapnya pilu.
Mungkin itulah detik terakhir aku melihatnya sebagai seorang gadis.
Dia pulang ke tanah air setelah itu, dan malam ni alhamdulillah selamat diijabkabulkan dengan lelaki terbaik, pilihan Allah buatnya.
‘Apa perasaan aisyah, akak nak kahwin ini?’
Dahulu pernah aku ditanya begitu di saaat kakak yang rapat denganku akan berumah tangga.
Memang bila kita masih single, kita suka kawan-kawan/akhawat sentiasa bersama kita.
Namun bile mereka diambil oleh lelaki asing, tentulah keadaanya tidakkan sama lagi.
Manusia perlu berkahwin. Itulah sunnatullah. Itulah fasa yang perlu dihadapi. Dunia akan terus berjalan, dan manusia akan hidup dengan pasangannya, mencipta mimpi dan cita-cita.
‘ Dulu time tak kahwin, ada je masa dengan kita. Sekarang dah kahwin, tak pernah duduk lama2 dengan kita dan borak lama2. nak pergi mana-mana mesti pergi dengan hubby.’
Memang itu norma. Tak dapat dielakkan. Jika kita berada ditempatnya, kita pasti melakukan perkara yang sama.
( sebab itu setiap akhawat yang dah kahwin akan bermatian mencari pasangan untuk mutarabbinya kerana memahami kesedihan itu)
Perkara ini bukan dirasai oleh akhawat sahaja. orang biasa pun sama.
Itulah sunnatullah.
Sebab itulah , sebagai murabbi, perasaan kita pasti bercampur baur ketika menyaksikan pernikahan mutarabbi/akhawat/sahabat baik kita.
Kita teramat gembira untuk dia. Dan kita akan bantunya sedaya mungkin melalui proses pernikahan itu.
Namun ada satu posisi yang tak dapat kita lari darinya.
Kita akan ‘terasa’ kehilangannya.
Keadaan pasti tak sama seperti dahulu.
Dia berlainan apabila pada awal pengenalan kita dah kenal orang itu sudah berkahwin, sebab kita boleh adapt.
Seperti saya, meladeni zarith dari usia mudanya bertatih di bumi dakwah ini. Melihatnya tumbuh dan subur menjadi seorang mujahidah yang akhirnya acapkali menjadi pembantu saya dalam pelbagai perkara. Hinggalah di tahap ini kami semarhalah dalam tarbiyah. Pelbagai peristiwa dan cerita dilalui. Semua perkara diqadhayakan bersama. Suka dan duka, tangis dan tawa. Malah kereta dakwah kami banyak menyaksikan pergaduhan kami, dan air mata yang berguguran kerananya.
Bagaimana tidak aku anggapnya istimewa, kerana pada dirinya aku temui kekuatan dan teguran pedas sehinggakan aku merasai pada setiap tegurannya…
‘ dia ini tak faham ke perasaan orang. asyik fire je..’
namun itulah dia sahabatku, dan mungkin tak ramai memahamiku seperti dia.
‘Adakah sister kita akan sama seperti mana dia dah kahwin dan sebelum kahwin?’
Logiknya memanglah kene berbeza. sebab itulah fasanya akan jadi berbeza.
Namun mindset/matlamat kepada baitul dakwah itu teramat penting.
Aku ceritakan pada kamu sebuah cerita.
Tentu kamu amat mengkaguminya.Orang sebegini tidak mampu menukilkan tinta emas mereka kerana kesibukan mereka yang melampau untuk agama Allah dan RasulNya, serta menunaikan hak peribadi mereka yang lain.
Ukhti ini seorang doktor pakar perubatan ( jawatan registrar/associate specialist) di sebuah hospital di Malaysia. Dai ada 4 orang anak yang semuanya agak kecil.
Dahulu pernah dia memegang usrah seramai 20 orang. Maknanya setiap 20 orang itu pasti memiliki sekurang-kurangnya 10 anak binaan.
Dan anak-anak binaan di bawahnya itu memiliki lagi binaan yang lain.
Pernah apabila dibuat statistik, usrah tree mereka memiliki 800 orang ahli.. semuanya bernukleuskan usrah ukhti itu tadi.
Kalau antum bekerja sebagai doktor, antum tahu betapa perit dan letihnya waktu oncall.
Orang biasa akan balik rumah, makan, dan tidur.
Bagi daie seperti dia, habis kerja, pergi usrah, makan di tempat usrah, qadhaya, dan tidur 3-4 am, kemudian bekerja semula pada 7 amnya semula.
Orang biasa akan gunakan hujung minggu untuk mengemas rumah atau pergi bercuti. Bagi daie, seminggu dalam sebulan untuk keluarga, seminggu dalam sebulan untuk kenduri, seminggu sebulan untuk daurah diri sendiri, seminggu sebulan untuk daurah mutarabbinya.
Namun orang sesibuk itu bagaimana pula? Masih lagi ada mesyuarat dan program-program kemasyarakatan yang lainnya.
Dalam arus kebangkitan dakwah dan tarbiyah ini, ramai orang mendambakan kesinambungan dakwah dan tarbiyah di Malaysia. Terutamanya bagi pelajar di luar negara.
Pernah nama-nama pelajar ini diserahkan padanya untuk disambungkan tarbiyah di Malaysia. Ketika itu dia baru pulang dari bekerja. Kemudian ada usrahnya sendiri yang habis pukul 1-2 am. Lepas menyusukan anaknya dia mahu sahaja tidur kepenatan, namun melihat borang-borang pindah ahli yang tak disentuh lagi dia berkata:
‘ kalau aku tak buat amanah ni, Allah pasti akan cari orang lain untuk buat.’
Dia melawan kepenatan dan keletihan badannya untuk membalas emel dan menguruskan perpindahan itu malam itu.
Dan dia cuma tidur sejam sahaja malam itu sebelum kembali bekerja di hospital.
Saya amat kagumi ukhti itu. Dan saya rasa amat dekat dengannya. Walaupun dia sudah berkahwin dan ada 4 orang anak. Dirinya tak pernah rengang dan jauh dari kami. Sentiasa dekat. Sentiasa ada ruang-ruang berkongsi masalah dan bertanya khabar.
Adakah cerita kita tetap sama? Walaupun status kita akan bertukar nanti?
Dua hari lepas, saya berpeluang untuk menghadiri konsert kemanusian di Brisbane Convention Centre. Konsert "Sounds of light" ini menampilkan artis undangan seperti dari seluruh pelusuk dunia sepertu Gulf Echo, Zain Bikha, Raihan dan Maher Zain.
hehhee, macam buat report pulak. Saje nak share feeling... Perasaan apabila menonton secara live wajah dan persembahan mereka adalah bercampur baur. Ada rasa gembira dan excited, rase nak menagis pun ada. Ada juga rasa tidak percaya. Tidak dilupa, ada perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata pabila dapat berjumpa dengan lebih dekat, siap dengan ambil signature lagi (hehe, saye la tu)... Betul-betul tak percaya, kumpulan Raihan yang sangat diminati sejak di bangku sekolah rendah, tak pernah berjumpa pun di Malaysia, tapi dapat melihat mereka secara live di bumi orang, bumi Oz. Begitu juga dengan Maher Zain, singer yang baru meraih perhatian dunia dengan lagu-lagunya, sebelum ini hanya mendengar lagunya di laptop, akhirnya dapat bersua muka di Brisbane.
Setelah pulang dengan hati yang berbunga2, tiba-tiba saya terfikir, macam mana perasaan bila berjumpa orang yang paling kita rindu dan kasihi? Sedangkan berjumpa kumpulan Raihan yang diminati kerana akhlaq bersih dan mesej yang disampaikan, dan Maher Zain yang diminati kerana lirik lagu dan melodinya, tanpa ada perasaan kasih atau rindu pun, (mereka pun tak mengenali diri ini, apatah lebih dari itu), hati sudah berbunga2, gembira dan excited. Saya tak dapat nak bayangkan, macam mana perasaan agaknya bila berjumpa dengan insan yang harus kita cinta, sayang dan rindu kita padanya melebihi segala-galanya selepas Allah? Insan ini yang telah pun merindui kita, dan sangat sayangkan kita sedang dia tidak pernah pun berjumpa kita, umatnya akhir zaman ini.
"Suatu ketika Rasullah pernah menitiskan air mata dihadapan para Sahabat. Lalu seorang sahabat bertanya: "Kenapa kamu menangis yaa Rasulullah?". Jawab rasulullah: "Aku menangis kerana merindui saudara-saudaraku." Sahabat bertanya lagi: "Bukankah kami ini saudaramu Ya Rasulullah?". Jawab Rasulullah: "Bukan, kamu adalah sahabatku, saudara-saudaraku adalah mereka yg beriman kepadaku dan menuruti sunnahku dalam keadaan mereka tidak melihat (bertemu) denganku".
Yok, sayang, cinta dan rindu pada insan mulia ini. Berselawat ke atasnya, buat apa yang diajarinya dan jangan mengecewakannya.
Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat kutatap wajahmu Kan pasti mengalir air mataku Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat kukucup tanganmu Moga mengalir keberkatan dalam diriku Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah Tak pernah kutatap wajahmu Ya Rasulullah Ya Habiballah Kami rindu padamu Allahumma Solli Ala Muhammad Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat kudakap dirimu Tiada kata yang dapat aku ucapkan Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami Syafaatkan kami Alangkah indahnya hidup ini Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku Kerna pancaran ketenanganmu Ya Rasulullah Ya Habiballah Terimalah kami sebagai umatmu Ya Rasulullah Ya Habiballah Kurniakanlah syafaatmu
In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah
You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa Peace be upon The Messenger The Chosen One
From luxury you turned away And all night you would pray Truthful in every word you say Muhammad Ya Rasul Allah
Your face was brighter than the sun Your beauty equaled by none You are Allah’s Chosen One Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa Peace be upon The Messenger The Chosen One
I will try to follow your way And do my best to live my life As you taught me I pray to be close to you On that day and see you smile When you see me Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa Peace be upon The Messenger The Chosen One
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa Peace be upon The Messenger The Chosen One
I wanna be a teacher. i wanna be A Murabbiah
"It does not befit a man that Allah should grant him His Book and sound judgement and prophet-hood, and thereafter he should say to men: 'Become servants to me apart from Allah.' He would rather say: 'Become dedicated men of Allah, in accord with the dictates of the Book you have been teaching and studying." (3:79)