Wednesday, September 1, 2010

akhir ramadhan... ramadhan terakhir???

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, kita masih lagi diberiNya rezeki mnghirup udara segar pagi ini, di bulan Ramadhan yang barakah ini. Sedar tak sedar, tetamu istimewa ini sudah hampir tiba masanya untuk pergi meninggalkan kita. Sungguh, pantas rasanya masa berlalu. Serasa baru kelmarin kami sibuk2 bertanyaa, “puasa esok ke lusa? Dah Nampak anak bulan ke” etc.. tapi rupanya tetamu yang sekian lama dinanti kehadirannya ini sudah berada di fasa akhir lawatannya kepada kita.

Di bulan ini, saya melihat ramai manusia yang mendapat kebaikan. Di satu sudut sana saya melihat Allah sedang memanggil mesra insan2 yang pernah hanyut dalam lumpur jahiliyah, dengan mengetuk2 hatinya untuk berubah. Di sudut lain pula saya melihat ada insan2 yang Allah memberinya rezeki yang lebih, yang dengan rezekinya itu dia meraikan orang yang berpuasa sewaktu berbuka. Di pandangan lain pula, ada insan2 yang sedang bermujahadah menigkatkan diri dengan amalan2 sunat yang jarang2 mereka lakukan sebelum ini. Moga2 semangat ramdhan ini terus kita bakar dalam 11 bulan seterusnya dengan terus kita amalkan amalan2 sunat itu. Tidak kurang juga saya melihat ada insan2 yang Allah ilhamkan kepadanya untuk mencari ‘untuk apa hidup ini?’ ‘siapa Allah itu?’ Dan banyak lagi insan2 yang saya renungi sedang mendapat hadiah2 mereka di bulan ini… Subhanallah, bestnya… renungan-renungan ini membuatkan saya terfikir, apa ya hadiah buat saya? Huuuuu…

Saya memuhasabah diri sendiri, mengapa terasa sebentar sangat bulan ini? Adakah kerana saya terlalu sibuk dengan assignments? Atau saya telah saya guna sepenuhnya waktu untuk ‘meraikan tetamu ini’ dengan amalan2 fardhu dan sunat? Saya berharap sangat agar saya dan kita semua tergolong dalam golongan yang kedua, meskipun hanya kita sendiri yang tahu, apa yang kita lalui. Banyak kali sangat sebenarnya saya mengeluh, ‘kenapalah time2 ramadhan ni la assignments bertimbun?’ ‘tidur lambat, nak qiam pun tak sempat’, ‘nak baca quran pun kurang sbb banyak kerja yang perlu diselesaikan’. Dan banyak kali juge hati ini rasa cemburu kepada adik2 di Bond Uni sana (terutamanya, hehe) yang sedang cuti sem, (juge) adik2 yang sedang menanti untuk terbang ke France, (tak lupa) mereka di hemisfera utara yang sedang menikmati cuti Summer, (dan family) cikgu yang bakal bercuti sekolah tak lama lagi yang boleh meluangkan sepenuh masa dan tenaga meraikan tetamu istimewa ini di kala cuti terutama 10 hari terakhir ini. Waah, bahagianya…

Tapi kemudian saya diingatkan olehNya dalam baris akhir surat cintaNya;

“Dan orang2 yang berjihad [bermujahadah = berusaha bersungguh-sungguh] mencari keredhaan Kami, benar-benar Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik” [Al Ankabut:69].

Maka itu, pastilah ada hikmahnya mengapa Dia menetapkan kita berpuasa dalam keadaan sesibuk ini. Dan pastinya lebih ramai orang2 lain yang berganda2 kesibukannya berbanding saya di luar sana, di kutub sana. Pokoknya ialah mujahadah kita!

“Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk terus bermujahadah mencari redha Mu. Berikan kami kesihatan badan dan jiwa untuk menggunakan saki-baki masa bersama Ramadhan yang mulia ini untuk meningkatkan amalan kami dan iman kami…”

Mari… terus sibukkan diri dengan amal2 yang Dia cintai… mari… mari…




1 comment:

Anonymous said...

Ramadhan bukanlah kemuncak amal bagi seorang da'i tapi adalah sebahagian accessory dan tadrib ( latihan )bagi seorang daiyah untuk menyusuri jalan jihad dan jalan dakwah yang begitu panjang lagi. Bagi orang awam, mereka rasa inilah kemuncak amal kerana selepas ini mereka akan hidup seperti biasa dgn rutin amalan mereka. Tapi bagi seorang da'i Ramadhan adalah sepanjang hidupnya kerana kerana ia harus sentiasa meningkatkan amalnya agar menjadi baiak dan baik kerana selepas ini ada lagi menunggu tugas2 yang belum selesai yang lebih besar dari bulan ini yakni kerja dakwah dan kerja jihad yg perlu ia teruskan. Syahid adalah kemuncak amal kita.Selagi tidak ketemu selagi itu kita akan teruskan.Inilah alFahmu yg perlu kita hadam supaya cara pemikiran kita berbeza dgn org awam dan menjadi kan kita terus thabat dan istiqamah. Natijah amal manusia ini tidak dihitung pada awalnya atau pertengahannya tapi adalah dipenghujungnya apabila ia bertemu dengan husnul qatimah. Insyaalah! Teruskan perjuangan adik ku!

muharrikdaie - menulis untuk mengerakkan jiwa jiwa.