Saturday, October 16, 2010

sedang mengumpul Taqwa

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya sedang belajar sesuatu yang besar...
Sedang melatih jiwa untuk mengorbankan semua yang saya sayang...
Semua cita-cita...
Walaupun ia akan menjadikan hati ini berasa sempit, rasa tersepit...
Untuk fokus kepada cita-cita...
Untuk tidak goyah...
Semoga tidak tersalah menetapkan cita...
Semoga cita-cita besar kita tidak terkorban...

Tentu... doa2 ku tidak akan putus2 semoga tiada perpecahan yang berlaku...
semoga tiada pertelingkahan yang terjadi...
semoga semuanya baik-baik sahaja...

Yakinlah! Kita merancang dengan cita-cita, namun Allah merancang dengan Cinta Nya...
Yakinlah! Semua yang terjadi itulah yang terbaik yang Dia inginkan terjadi...
Yakinlah! Semua yang bakal terjadi itu jua adalah kehendak Nya...

Biarlah Allah sahaja yang menjadi wakil...
kerana kepadaNya sahaja harus kita bertawakkal...

Sedang cuba untuk yakin,
Dengan Janji2 Nya;

"... Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu... Dan barangsiapa yang bertqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. Itulah perintah Allah yang diturunkanNya kepada kamu, dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan menghapuskan kesalahan-kesalahan dan akan melipatgandakan pahala baginya."
(At-Talaq:3-5)

Mahu meraih TAQWA!


dan bait2 daripada entry kak muharikah ini sangat menyentuh jiwa...

dan di saat itu kita tahu,
Allah sesungguhnya memberikan kita satu teguran yang amat mahal
lantas kita menutup muka kita
meletakkan dahi pada tanah
dan menangis
terus menangis
memohon kekuatan dari yang memiliki segala kekuatan
dan kita mencurahkan isi hati pada Dia
mengungkapkan rasa kita
sedalamNya
dan berharap Dia akan memberikan rasa kuat pada hati kita
yang mungkin sedang remuk , merekah pada nadi ujian yang parah

dan akhirnya Dia membuatkan kita berfikir:
‘ Bukankah aku jadikan ujian ini buatmu, supaya kau kembali padaKu? supaya kau ingat balik dosa-dosamu? supaya kau kembali dan bertaubat padaKu?
dan tentu banyak sekali dosaku padamu Rabb.

di saat ditimpa ujian itu,
mahu sahaja aku melarikan diri
dari negeri yang amat jauh sekali
menyorok,
bertapa
berkhalwat denganMu
ataupun berlari
ke beirut
bersama pejuang perubatan
mengubati mujahidin
dan berharap ada peluru sesat menembak ke jantungku
dan akhirnya aku rebah
bermandikan syahadahMu

namun Kau telah menetapkan aku
berhadapan dengan ujian itu
dan tidak kiralah
berkecainya hatiku
remuknya jantungku
gelapnya jalan-jalanku
jika itu sudah menjadi ketentuanMu
agar aku menikmati resepi indahnya mengabdikan diri padaMu
maka ketetapanMu itu pasti berlaku
dan antara melarikan diri
mahupun terus berada di jalan dakwah ini.

Kau menjadikan aku sedar
bahawa, jalan dakwah inilah nyawaku,
jalan dakwah inilah makna kepada kehidupanku ini,
jika aku larikan diri dari ia,
maka matilah aku
sesatlah aku
dan ujian itu hanyalah rencam
menjadikan aku
lebih akrab
lebih dekat
lebih mengenal
erti Rahman, dan Rahimnya Mu.

ujian pasti datang dalam hidup kita, silih berganti, silih berganti
Dan Allah sering berkata pada kita..
lepas susah, pasti ada senang..
lepas susah , pasti ada senang.
hidup ini ibarat roda, sebentar kita di atas, sebentar pula kita di bawah.
dan Allah letakkan kita di bawah, supaya kita belajar, bagaimana untuk mendaki semula ke atas.
Moga Allah jadikan kita hamba yang lebih dekat denganNya



1 comment:

Unknown said...

lang, moga kita lebih dekat dengannya dgn ujian2 ini. manakah penghargaan yg lebih besar dr teguran Yang Esa buat kita??